Pada:
Khamis, 2 April 2009

Lantaran itu apabila diajukan tentang subjek 'kahwin', sambil tersenyum, Abby berkata, dia belum lagi terlintas untuk berkahwin lagi walaupun gosip hubungannya dengan Zul yang berusia 23 tahun itu masih terus diperkatakan.

"Tetapi tentang perkahwinan, saya rasa masih jauh lagi untuk saya bercakap tentang hal itu. Ia tidak termasuk dalam agenda saya ketika ini.
"Perkahwinan bukanlan satu perkara yang mudah. Dengan apa yang saya lalui sebelum ini, saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik berbanding dulu.
"Banyak perkara yang saya perlu buat. Saya ingin mengembangkan lagi karier saya," kata Abby.
Ehsan mStar
Tag : Abby Abadi , Berita Artis