Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar resepsi Wan Raja, Yaya Maembong (12 Gambar)

Selasa, 16 Disember 2014

Majlis resepsi yang diadakan pada hari Ahad lalu diantara Wan Raja dengan Yaya Maembong selamat diadakan di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil. Dengan bertemakan bangsawan Melayu, pengantin dan tetamu telah mengenakan baju Melayu masing-masing.

Sekitar pernikahan Wan Raja, Yaya Maembong (9 Gambar)

Sabtu, 13 Disember 2014

Wan Raja sah bergelar suami kepada Yaya Maembong yang diadakan di Masjid Al-Redhuan, Hulu Klang, petang Jumaat.

Wan Raja memberikan mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran RM12,121.40

Rombongan lelaki turut membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah beg tangan, minyak wangi dan kasut, cincin, telekung dan sirih junjung.

Manakala, barang hantaran daripada pihak perempuan pula ialah minyak wangi, buah-buahan, kasut, kek, Al Quran dan sejadah.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil, pada Ahad ini. -mStar

Gambar pra-perkahwinan Wan Raja, Yaya Maembong (16 gambar)

Khamis, 11 Disember 2014


Tarikh 12/12/2014 dipilih oleh Wan Raja dan Yaya Maembong (adik beradik Emma dan Shikin) yang juga kedua-duanya adalah pelakon drama Drama Diari 3G, untuk bergelar suami isteri yang sah.

Mereka yang sudah bertunang pada 10 Syawal yang lalu akan mengadakan resepsi pada 14 Disember di Dewan Sri Putra, Kuala Lumpur manakala pada 26 Disember 2014m majlis akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang pula untuk keluarga sebelah Wan Raja.

Dan ini adalah foto-foto mereka untuk pra-perkahwinan. -gambar Murai