Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Pengacara HLive ditumbuk di muka? (2 gambar)

Ahad, 1 November 2015

Ada sekeping gambar wartawan penyiaran yang juga hos program HLive, Shenty Feliziana menunjukkan wajahnya dalam keadaan mencurigakan. Apabila diamati, terdapat kesan seperti luka dan lebam pada wajahnya.

Sejak semalam juga tumpuan kepada wanita kelahiran Singapura menjadi perhatian apabila dia memuat naik gambar di sebuah lokasi dengan catatan yang bermaksud.

Persoalan yang diajukan kepada pihak HLive juga tidak dijawab. Persoalannya, apakah yang terjadi kepada Shenty? Apakah sebenarnya maksud gambar yang menampakkan kecederaan di wajahnya.

Inilah kekasih terbaru, Syazwan Zulkifly.. (gambar)

Rabu, 30 September 2015

Sebelum ini pelakon Syazwan Zulkifly pernah dikaitkan punya hubungan cinta dengan aktres Tasha Shilla, Nabila Huda dan Syatilla Melvin. Namun semua itu hanya sekadar gosip dan Syazwan sendiri mengakui mereka hanya teman seperjuangan sahaja.

Kemudian beliau dikatakan punya hubungan cinta dengan pelakon baru, Faye Kusairi. Kisah mereka juga tidak berpanjangan dan kedua-duanya membawa haluan sendiri. Setelah melalui detik duka, hati pelakon yang mula popular dengan watak Apek dalam drama Juvana ini kembali terisi dengan cinta baru.

Syazwan mengakui kini sedang menyulam cinta dengan pelakon dan pengacara TV, Shenty Feliziana. Hubungan mereka rapat setelah bekerjasama dalam drama Padamu Aku Bersujud.