Pada:
Sabtu, 21 Mac 2015

Chef Wan berkata, rakan kongsi dan pelabur memutuskan penangguhan tersebut selepas membuat kajian selama lima bulan di pusat beli belah tersebut yang mendapati perniagaan di situ kurang memberangsangkan.
"Rakan kongsi dan pelabur Lippo Group di bawah anak syarikat mereka The Food Junction membuat keputusan untuk menangguhkan pembukaan restoran tersebut ke suatu masa selepas ekonomi negara lebih baik.Chef Wan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang papan tanda nama kedai miliknya di IOI City Mall, Putrajaya, yang sepatutnya sudah beroperasi telah ditanggalkan.
"Kajian selama lima bulan yang dibuat mendapati sambutan di IOI City Mall itu kurang baik dan tidak menggalakkan untuk operasi restoran tersebut,"
Tambahnya, pelabur enggan mengambil risiko tinggi dalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil.
"Dengan keadaan ekonomi negara kita tak stabil tentulah pelabur luar takut untuk melabur RM11 juta untuk set up food hall ini dan tidak mahu mengambil risiko.
"Jadi mereka terpaksa lepaskan ruang perniagaan itu serta tiga bulan deposit yang sudah dibayar kepada pusat beli-belah tersebut. Memang rasa sayang tapi biarlah kita rugi sedikit daripada rugi banyak selepas membukannya nanti," -Chef Wan petikan mStar
Tag : Berita Artis , Chef Wan , Perniagaan , Restoran