Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tak kisah dan pelik pakai bra di pulau.. -Julia Ziegler (5 gambar)

Ahad, 4 Oktober 2015

Baru-baru ini Julia Ziegler ada pergi bercuti di Pulau Redang, Terengganu. Namun percutiannya menjadi bualan hangat apabila dia bergambar dan memuatnaik gambar memakai bra di tepi pantai.

Namun buat Julia, dia tak kisah dan tak merasa pelik untuk berbuat demikian. Punya berani kenyataan Julia ni kan. Huhu

Neelofa, Fahrin Ahmad Skuba di Pulau Redang!

Rabu, 8 Mei 2013

Baru-baru ini pelakon cantik dan seksi, Neelofa dan beberapa rakan artis seperti Fahrin Ahmad dan Remy Ishak turut berada di Pulau Redang untuk membuat aktiviti skuba. Ini bukanlah cuti-cuti biasa diantara mereka namun untuk sebuah babak dalam filem Pilot Cafe. Beberapa keping gambar dan sebuah video telah dimuatnaik oleh Neelofa ke dalam laman sosialnya.








Black Mentor Komen Bawa Kekasih Bercuti di Pulau Redang

Selasa, 2 Oktober 2012

Sisipan BpoP minggu lalu ada memaparkan satu berita yang mengejutkan juga, mengenai Black Mentor yang dikatakan khalwat atau bersekedudukan dengan seorang wanita di sebuah resort dan cerita itu disampaikan oleh staff yang bekerja di sana kepada penulis paling pedas, Zubir.

Namun Black mempertahankan dakwaan itu dengan mengatakan dia mengakui pergi bercuti di Pulau Redang namun bukan bulan lalu, ianya pada awal tahun ini dan ditemani oleh tiga orang rakan yang lain. Dan ini komentar sekali lagi Black melalui portal GUA terhadap dakwaan sisipan BpoP berkenaan.

“Saya mengaku pergi bercuti bersama teman wanita ke Pulau Redang pada Januari lalu. Tetapi, saya nafikan duduk sebilik dengan teman wanita seperti yang didakwa dalam ruangan gosip sebuah akhbar. Bahkan, kami juga tidak pergi secara berdua-duaan. Sebaliknya percutian itu disertai oleh tiga orang rakan lain. Jadi, kami pergi berlima iaitu tiga orang perempuan, dan dua orang lelaki.

Ketika percutian selama tiga hari dua malam itu, memang ada masa-masanya saya luangkan masa dengan teman wanita sahaja tanpa kehadiran rakan-rakan lain. Tetapi bukan seperti yang digembar-gemburkan. Sebagai manusia biasa, saya juga ada keinginan untuk menghabiskan masa dengan teman wanita. Oleh itu, tidak hairanlah kalau ada pihak yang mendakwa nampak saya berdua sahaja, tidak ada kawan-kawan lain.

Saya sangat terkilan apabila penulis ruangan gosip itu mempersoalkan tentang agama saya. Tolonglah! saya ada emak dan ayah yang mendidik saya dengan baik. Untuk pengetahuan penulis itu, saya dulu bersekolah di sekolah agama dan sudah pasti saya tahu hukum-hakam agama. Saya tahu batas-batas sebagai seorang Islam. Saya tidak akan buat perkara yang tidak senonoh. Sebagai manusia biasa, memang saya tidak sempurna dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan, tetapi tolong jangan melebihi batas. Saya sanggup bergaduh kalau soal agama,”

Lagi gambar Bulan Madu Fasha Sandha, Jejai

Sabtu, 12 Mei 2012

Gambar bulan madu yang sudah dipostkan pada beberapa hari yang lalu, bulan madu Fasha Sandha dan Jejai di sebuah pulau kini menampakkan kelibat kedua orang pasangan ini. Jawapan kepada pulau berkenaan, bukanlah diluar negara, tapi di dalam negara, Pulau Redang. Jum kita lihat apa aktiviti mereka di sana.