Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Jejaka misteri yang bersama Shila Amzah...

Jumaat, 27 Mac 2015

Siapa kah jejaka yang memandu di sebelah Shila Amzah yang di 'blur' kan wajahnya dengan memandu kereta mewah, Porsche. Bahkan Shila juga membuat status yang agak mengejutkan.

Namun setelah diteliti, jejaka itu adalah ayahnya sendiri, Nd Lala. Kuikui..

Gambar Kemalangan Paul Walker

Isnin, 2 Disember 2013

Pada hari Sabtu waktu Amerika berlaku satu kemalangan yang mengejutkan peminat filem Fast and Furious seluruh dunia, iaitu Paul Walker yang terlibat dalam satu kemalangan ngeri pada usianya 40 tahun.

Kereta jenis Porsche yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas sebelum musnah terlanggar pembahagi jalan. -sumber


Kereta dan Plat Nombor Milik Dafi?

Ahad, 17 Februari 2013

Memang tak sah kalau selebriti pakai kereta mewah lebih-lebih lagi kalau selebriti tu dari keluarga kaya seperti VIP mahupun VVIP. Seperti Dafi yang dikatakan memiliki kereta mewah, Porsche, model apa admin tak tahu sebab tak pro sangat dalam bab kereta dan model-modelnya.

Namun kereta mewah, Porsche itu juga dihiasi dengan plat number yang boleh dikatakan unik dan sudah semestinya mahal. D4FI merupakan singakatan nama huruf 'Dafi'. Wah memang senang kena cam la ini kereta siapa yang memandunya. Nak ingat ni Dafi punya agak susah sikit, ramai peminat selebriti berdolak dalih dengan seribu andaian kereta ini kepunyaan siapa. Kalau lihat gambar agaknya memang sah kereta dan plat nombor itu milik Dafi kan.

Tapi pengakuan Dafi melalui laman sosialnya menyatakan kereta itu adalah untuk shooting sahaja, dan mungkin nombor plat diubah mengikut citarasa shooting berkenaan.


gambar kereta Scha al Yahya, Audi Q5 S-Line

Jumaat, 6 Mei 2011

Biasalah artis dan selebriti ni, tak sah kalau naik kereta mahal-mahal. Mahal tahap gaban pun ada juga, yang paling top sekali bab kereta ni Yusry (lamborghini dan hummer) dan Ac Mizal (bantley dan porsche), Takde sorang pun selebriti yang nek kancil. haha. Ni nak khabarkan gambar dibawah ni kepunyaan kereta milik Scha al Yahya, jenama Audi model Audi Q5 yang bernombor plat WSC4.

Sebelum ni kereta ini digosipkan pemberian hadiah oleh Awal, namun Awal menyangkal sebab tak mampu nak belikan hadiah mahal seperti itu, dan kata Awal itu adalah hasil titik peluh Scha sendiri.

Nak tahu harga Audi Q5 ni berapa? RM325,000 tidak termasuk insurans (kata sumber). Memang lawa kereta ni, sebab buatan negara di eropah. siap dengan plat nombor cantik lagi, mahu RM350,000 juga ni. Scha CCM berapa ni? haha.. Kalau beli kancil dapat rumah sebijik jadi aset pun dah mencukupi.. haha..

Anuar Zain beli Porsche bukan tajaan VIP

Sabtu, 27 Mac 2010

Tak tahulah nak cakap apa dengan tanggapan negatif segelintir pihak terhadap golongan artis. Bila mereka betul-betul mampu pakai kereta mewah dan beli rumah yang besar, ada pula yang anggap mereka tu ditaja. Contohnya macam penyanyi Anuar Zain kita yang juga adik kandung kepada Ziana Zain. Mentang-mentanglah dia dah pakai kereta Porsche menggantikan BMW 3 Series, ada pulak yang cakap kononnya kereta tu ditaja VVIP.

Kebetulan pulak Anuar memang ada banyak peminat dari kalangan pihak korporat dan VVIP. Jadi, cepatlah orang buat tanggapan yang tidak bukan-bukan. Tapi yang sebetulnya, Anuar beli kereta tu atas usahannya sendiri. Yelah, walaupun jarang muncul di media tapi Anuar Zain khabarnya memang cukup laku dengan show. Bukan setakat di Malaysia saja tetapi di Brunei dan Singapura. Jadi, kalau dalam sebulan dia boleh buat lebih daripada 3 show, bayangkanlah berapa banyak pula pendapatan yang diperolehinya. Satu show yang dijayakannya pula bukannya sedikit. -Murai

Umie Aida tak kesah kena saman polis trafik kerana pandu Porsche

Ahad, 7 Mac 2010

Umum mengetahui pelakon sensasi, Umie Aida tidak lama lagi akan melangsungkan majlis pernikahannya dengan Datuk K. Musim pertunangannya ini juga hebat dan begitu menyeronokkan kerana mereka akan berbuat persediaan bersama-sama. Namun Umie jarang sekali sudah keluar di kaca tv dan mana-mana filem tempatan. Sebab terlalu jaranglah maka baru-baru ini dia terkena saman trafik atas kesalahan yang memungkinkan Umie memandu dalam keadaan yang laju. Walaupun tidak jelas apa yang ditulis dalam surat saman berkenaan, namun logo kereta Porsche berkenaan amat jelas. Kaya oO!