Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fiza Elite dah kahwin dedah gambar suami barunya (3 gambar)

Selasa, 4 Julai 2017

Fiza Halim, mendedahkan beliau sudah pun berkahwin buat kali ketiga pada Disember tahun lalu. Bagi perkahwinan terbarunya, Fiza memilih juruterbang sebuah syarikat penerbangan terkenal yang juga duda beranak dua, Aizat Al-Jefri Abdul Kudus, sebagai suami.

Apa dah jadi dengan hubungan Atikah Suhaimie dengan kekasihnya?

Selasa, 27 September 2016

Ramai yang menyangka kebahagian Atikah Suhaimie dengan kekasihnya yang juga seorang pilot, Sherzod Yusuf adalah selepas gosip penyebaran gambar bogel mirip Atikah baru-baru ini.

Namun memetik portal Utusan, ianya bukanlah selepas isu kontroversi itu timbul, mereka difahamkan sudah memutuskan hubungan mereka gara-gara isu kontroversi berkenaan.

Fiza Elite bercinta dengan suami orang?

Selasa, 17 Mei 2016

Hanya kerana berkongsi status sedang menghitung hari dalam laman sosial, ramai menyangka pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza Halim bakal berkahwin, tidak lama lagi. Menambah spekulasi netizen, bekas suaminya, Adam turut mendoakan kebahagiaan Fiza.

Fiza yang memetik Bharian menafikan dirinya bakal berkahwin. Malah, ibu tunggal kepada dua anak itu juga menafikan dia seorang juruterbang, berstatus suami orang.
"Kami baru kenal dan berjumpa, masakan nak kahwin tiba-tiba? Saya menulis menghitung hari di laman Instagram kerana akan terbabit dengan sebuah projek yang belum dapat didedahkan lagi.

"Tapi ada pula yang pandai-pandai membuat rumusan ia ada kaitan dengan saya nak berkahwin lagi. Saya juga terpaksa memadamkan perkongsian itu kerana ia mula mengundang komen bukan-bukan,"

"Masih terlalu awal untuk kami memikirkan soal kahwin. Saya pun pernah berdepan kegagalan dalam dua perkahwinan sebelum ini. Jadi saya tak mahu pisang berbuah dua kali lagi.

"Seperti kenyataan saya sebelum ini, memang saya sedang mengenali lelaki dengan pangkal huruf J. Dia bukan suami orang dan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu."

"Soal kahwin lagi, pasti saya akan kongsi. Benda baik semestinya saya akan hebahkan," katanya kepada BH Online.

Sharifah Sakinah keguguran anak pertama..

Selasa, 19 April 2016

Sharifah Sakinah tidak berasa menyesal kerana menolak tawaran lakonan yang diberikan kepadanya disebabkan ingin memberi fokus kepada kehamilan pertamanya namun dia mengalami keguguran baru-baru ini.

Sakinah berkata, ketika itu dia hanya berfikir untuk berehat daripada melakukan kerja berat tambahan pula dia seorang yang lasak memandangkan kehamilan tersebut masih pada peringkat awal.

"Saya tolak semua tawaran lakonan kerana ingin berehat dan memastikan kandungan saya berada dalam keadaan baik namun saya mengalami keguguran dan bukan rezeki saya dan suami.

"Ia ujian kecil buat kami suami-isteri dan saya yakin kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya," katanya kepada mStar Online.

Sakinah berkahwin dengan seorang juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac tahun lalu.

Nazim Othman dedah wanita misteri jadi isterinya.. (gambar)

Isnin, 14 September 2015

Akhirnya Nazim Othman mendedahkan wanita yang selama ini menjadi misteri siapa sebenarnya dia dan yang kini sudah bergelar isteri kepada Nazim.

Dia adalah Nedlyn Nazlan. Namun berita kad undangan yang dikatakan perkahwinan itu adalah gimik untuk sebuah filem web pendek.

Dan Nedlyn adalah salah seorang pelakonnya.

Nazim Othman nikah jam 10 pagi ini (gambar)

Jumaat, 11 September 2015

Wah tahniah buat Nazim Othman yang bakal bergelar suami tidak lama lagi dengan pramugari kacukan Cina-Melayu pada 11 September hari ini, Jumaat sekitar jam 10 pagi.

Nama wanita berkenaan cukup hanya dikenali sebagai Miss N. Apa-apa pun tahniah sekali lagi kerana bakal bergelar suami isteri beberapa minit dari sekarang. -updates foto nikah/kahwin selepas ini.

Kekasih Nazim Othman? dia merupakan... jeng jeng..

Selasa, 1 September 2015

Nazim Othman kini sudah bertukar profesyen daripada pelakon kepada seorang juruterbang syarikat penerbangan tempatan. Dan difahamkan juga Nazim ada menjalinkan hubungan dengan seorang gadis kacukan Melayu-Cina yang wajahnya mirip pelakon Hanis Zalikha.

Wanita berkenaan juga dikatakan bertugas sebagai pramugari iaitu di tempat yang sama.

Ada yang mengatakan Nazim Othman dan pramugari berkenaan sudah lama berkenalan iaitu sejak dia berkhidmat sebagai pramugara untuk satu lagi syarikat penerbangan sebelum ini. -sumber Murai

Sekitar pernikahan, resespsi Sharifah Sakinah (141 gambar)

Isnin, 30 Mac 2015

Tahniah kepada Sharifah Sakinah yang kini bergelar isteri yang sah kepada pilot, Aliff Adha yang diadakan pada hari Sabtu, di Hotel Shangri-La, Putrajaya.

Sharifah menerima 7 dulang hantaran (tujuh pasang kasut jenama Adidas koleksi terbaharu), manakala pihak lelaki menerima 9 dulang (sebentuk cincin, senaskhah al-Quran, tali pinggang, seutas jam tangan dan sepasang kasut bola) daripada Sharifah. -Instagram SharifahSakinah

Sekitar foto pra perkahwinan Sharifah Sakinah, Aliff (9 gambar)

Rabu, 11 Februari 2015

Sakinah dan bakal suaminya, Aliff Adha telah membuat satu sesi photo studio untuk pra perkahwinan mereka yang bertemakan casual dimana tempat lorong menjadi lokasi pilihan mereka.

Mengikut sumber mereka akan bernikah di Hotel Shangrila, Putrajaya pada 28 Mac depan. Dengan majlis resepsi mereka pada 4 April di sebuah dewan di Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF). Majlis berinai bertemakan konsep Bali terlebih dulu akan diadakan seminggu sebelum majlis nikah iaitu pada tanggal 21 Mac di Sungai Long, Kajang, Selangor.

Kekasih baharu Hanez Suraya? (5 gambar)

Isnin, 17 November 2014

Dengarnya Hanez Suraya sudah memiliki kekasih baharu. Ini membuktikan yang hubungannya dengan suami orang itu sudah betul-betul sudah berakhir.

Namun dakwaan yang Hanez sudah memiliki kekasih baharu telah dibuktikan dengan beberapa keping gambar. Jejaka yang dikenali dengan nama 'S' itu adalah pilot syarikat penerbangan MAS.

Kalau benar, baguslah tu kan, segala kontroversi yang melandanya selama ini sudah berkubur. -gambar Murai

Kekasih Sharifah Sakinah (7 gambar)

Isnin, 25 Ogos 2014


Mengikut beberapa butirran yang terpampang di ruang komen laman sosial Instagram milik Sharifah Sakinah, dia kelihatannya menyembunyikan sesuatu di sebalik rahsia hubungannya dengan seorang jejaka yang berkemungkinan seorang juruterbang aka pilot.

Adakah ini kekasih Sharifah? kalau betul, baguslah kan juga, maka percepatkanlah proses ikatan yang sah dan terhindar daripada fitnah. -gambar Forum Cari

Wan Sharmila nafi kahwin September ini

Selasa, 12 Ogos 2014

Ada sebuah sisipan akhbar mingguan mendakwa yang pelakon Wan Sharmila bakal berkahwin pada September ini dengan buah hatinya yang berkerjaya sebagai seorang pilot kapal terbang.

Namun Wan yang memetik portal mStar menafikan berita/khabar angin itu. Dia menegaskan tiada aktiviti perkahwinan pada tahun ini.

Wan yang kini hidup bersendirian setelah bercerai talak satu pada Oktober 2009 yang lalu.
"Jujur saya terkejut kerana hanya tahu mengenai perkara ini apabila awak bertanya soalan itu kepada saya dan belum sempat membeli akhbar sebab sekarang ini saya berada di lokasi penggambaran.

"Apa-apa pun cerita itu tidak benar dan saya tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini,"

"Maafkan saya kerana tidak boleh menjawab soalan itu (mengenai buah hatinya) kerana saya tidak mahu bercakap soal peribadi,"

Kehidupan Misha Omar setelah bergelar isteri (gambar)

Rabu, 11 Jun 2014

Sebulan mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta, Misha Omar akui agak rugi kerana kahwin pada usia lewat namun percaya jodoh dan rezeki itu ketentuan Allah SWT.

Selain dariapda itu perancngan terhadap keinginan mempunyai anak juga menjadi satu harapan yang bulat-bulat diserahkan kepada Allah SWT.

Misha, Firos nikah pada bulan Mei 2014

Isnin, 7 April 2014

Akhirnya desas desus tarikh pernikahan Misha Omar dengan tunangnya Firos Ezzwan yang juga seorang pilot MAS sudah diketahui.

Memetik sumber, mereka sudah menetapkan 2 Mei nanti sebagai tarikh bersejarah buat diri mereka berdua bergelar suami isteri.

Diberitahu mengapa memilih bulan itu, mereka memilih sebab ada keberkatan pada bulan Islam iaitu bulan Rejab bersamaan hari Jumaat atas permintaan ibu Misha.

2 majlis diadakan iaitu pernikahan yang berlangsung di sebelah pagi manakala resepsi pula pada se­belah malam yang diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

Suami Fouziah Gous jadi pilot bertauliah! (gambar)

Khamis, 6 Mac 2014

Dikhabarkan yang suami kepada pelakon Fouziah Gous, Zhaf Yusof telah menerima satu sijil pertaulihan oleh Malaysian Flying Academy (MFA) untuk bergelar seorang juruterbang.

Beberapa keping gambar sudah dimuatnaik ketika majlis penuh bersejarah bagi pasangan suami isteri ini. Tahniah!