Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nookhiriah Nekad Bertudung!

Rabu, 6 Jun 2012

Pelakon Nookhiriah dikhabarkan sudah nekad untuk bertudung sepenuhnya setelah dia akui hanya mempraktikannya dahulu sekali sekala. Kini dia memang tidak mahu menoleh belakang lagi, memakai tudung hanya sekejap-sekejap. Syukurlah kalau seperti itu, dah makin ramai selebriti bertudung kan. Gambar dibawah adalah sesi fotoshot bersama Kosmo! baru baru ini.

"Namun, kini saya sudah bertekad mahu bertudung sepenuhnya dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Tidak dinafikan memang ada pihak yang mula memandang sinis terhadap penampilan saya ini, tetapi inilah keputusan saya sekarang," -Noorkhiriah

gambar Noorkhiriah kini 'bertudung'

Jumaat, 6 Mei 2011

Imej terbaru pelakon, Noorkhiriah yang kini menjangkau usia 35 tahun dah menampakkan sedikit perubahan dalam penampilannya. Noorkhiriah bukanlah memakai tudung litup seperti yang anda sangkakan cuma memakai penutup kepala jerk, maknanya cuma pakai seperti 'anak tudung'. Penampilan ini bukanlah sesuatu yang gimik bagi Noorkhiriah, cuma Noorkhiriah memerlukan masa untuk berubah sepenuhnya. Apa-apa pun ini suatu perubahan yang baik, semoga suatu hari nanti kita dapat melihat Noorkhiriah bertudung litup. Amin.

“Saya tak mahu masyarakat membuat tafsiran yang salah dengan cara bertudung seperti ini. Apa yang penting saya sedang mempelajari untuk menyesuaikan diri ke arah imej bertudung litup secara berperingkat.

"Sebab itu saya memulakan langkah dengan menutup rambut dan telinga saya dahulu. Alhamdulillah, setakat in, bila keluar, saya selesa seperti ini," kata Noor kepada mStar

Noorkhiriah Selamat Lahirkan Anak

Sabtu, 7 November 2009

Selepas tiga tahun menunggu, akhirnya pelakon Noorkhiriah, 33, dikurniakan bayi lelaki pada pukul 9 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Petaling Jaya. Menurut Noorkhiriah atau nama sebenarnya Norkhiriah Ahmad Shafie, dia masih menunggu suaminya memberitahu nama anak sulungnya yang seberat 2.56 kg itu.

“Saya dan suami, Azfaidzul Antan telah sepakat kalau bayi lelaki, dia yang akan beri nama manakala kalau perempuan, saya yang kena beri..jadi sekarang saya tak tahu apa namanya sebab suami sedang uruskan pendaftaran nama bayi,” katanya dalam nada suara yang lemah.
Walaupun lemah kerana bersalin secara pembedahan, pelakon yang mendapat jolokan Artis Komedi Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2008 ini menyambut kelahiran bayinya dengan pelbagai rasa. Selepas keluar dari hospital dua hari lagi, pelakon filem ‘Susuk’ dan ‘Gubra’ ini akan berpantang di kampungnya di Raub, Pahang.

Dia juga berterima kasih kepada rakan-rakan, peminat dan sesiapa yang mendoakannya dari jauh.

Noorkhiriah Sarat Mengandung

Khamis, 13 Ogos 2009

Pelakon wanita yang tidak asing lagi dalam slot drama-drama tempatan, Noorkhiriah yang sudah berkahwin dan kini sarat mengandung disamping mengayakan pemakaian tudung ekin yang menawan. Dalam diam-diam usia kandungan Noorkhiriah kini mencecah enam bulan dan dijangka melahirkan anak sulungnya pada November 2009 ini. Tahniahlah diatas perkhabaran ini, semoga selamat melahirkan anak nanti.