Pada:
Sabtu, 11 April 2009
"Ada seorang kerabat diraja yang begitu tertarik dengan Nikki. Bukan sebab nak menyuntingnya tapi mahu mendapatkan album Hawa selepas mendengar Nikki menyanyi dalam satu majlis. Kami amat terharu kerana peminat diraja Nikki itu bukan sembarangan dan sangat-sangat dihormati," kata sumber itu.
Ironinya, walaupun album Nikki itu sungguh menarik dan berkualiti, ia tidak pula memenangi hati juri Anugerah Industri Muzik (AIM) 2009 kerana lagu daripada album Niiki itu langsung tidak tersangkut dalam sebarang pencalonan kecuali Kulit Album Terbaik. Kenapa? Apa yang juri-juri kita cari dalam AIM?Ada kebanyakkan orang-orang muda pun suka dengan lagu ala-ala klasikal yang dinyanyikan Nikki dalam album itu iaitu Betara Sukma - Cinta. Tapi apa boleh buat, lain telinga lain citarasanya sedangkan apa pihak di Indonesia juga cukup tertarik dengan corak persembahan Nikki yang dianggap sehebat Agnes Monica. Wah gitu...
Tag : Gossip Artis , Nikki Palikat

