Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fouziah Latif, Nassier Wahab buat pengumuman penting!

Khamis, 24 Ogos 2017

Penyanyi terkenal, Fauziah Latiff atau dikenali sebagai Kak Gee dan Nassier Wahab mengumumkan untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Menerusi laman sosial Nassier, dia telah memberitahu yang dia dengan Kak Gee bakal menunaikan ibadah berkenaan setelah selesai kenduri selamat hujung minggu lalu.

Semoga mendapat haji yang mabrur. Amin.

Boy Iman bagi 'hadiah istimewa' untuk Nassier Wahab

Jumaat, 19 Mei 2017


Datuk Nassier Wahab, yang baru saja dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) di Istana Abu Bakar, 15 Mei lalu, kini menerima pula sebuah banglo.

Beliau dihadiahkan kediaman terbabit selaku duta kepada sebuah syarikat hartanah DBI Technology yang dimiliki oleh Boy Iman. Boy bermurah hati menghadiahkan banglo berharga RM150,000 terletak di Kapar, Klang, Selangor, sebagai menghargai perjuangan kepada penyanyi itu yang bergelar anak seni selama 32 tahun.
"Semua kurniaan yang diterima ini bagai nikmat berganda buat saya. Ia juga umpama hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke-55, pada 18 April lalu.

"Bukan saja diumumkan sebagai duta syarikat berkenaan, saya juga dihadiahkan sebuah banglo. Kediaman yang saya terima ini juga tak jauh daripada tempat tinggal saya sekarang di Bukit Raja," kata Nassier.
Terikat selama dua tahun sebagai duta, katanya, tugas beliau adalah lebih kepada mempromosi pakej perumahan baharu dan mampu milik untuk pelanggan.
"Saya sendiri sudah lebih 20 tahun mengenali Boy Iman. Sambil membantu perniagaannya, dapat juga saya menolong beliau mempromosi apa yang diusahakannya itu.

"Dalam hal ini, kita berusaha mendidik masyarakat untuk membeli rumah pada usia muda. Jangan tunggu hingga usia sudah lewat baru nak memiliki rumah sendiri. Rumah ialah aset dan keperluan, jadi jangan kita ambil mudah soal berkenaan," katanya kepada BH Online.

Nassier Wahab bergelar Datuk, tapi ini sikapnya yang korang tak tahu...

Selasa, 16 Mei 2017

Nassier Wahab memberitahu, biarpun baru sahaja menyandang gelaran Datuk, dia lebih senang bersikap 'low profile' dan hanya mahu dikenali dengan panggilan Nassier seperti sebelum ini.

Nassier, 55, berkata, sejurus dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada Isnin, di mula menerima banyak panggilan dan mesej daripada kenalan terdekat mengucapkan tahniah.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memakaikan Darjah Kebesaran Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada penyanyi Nassier Wahab pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar pada Isnin. FOTO: Bernama
"Alhamdulillah, saya hanya mampu berkata syukur atas rezeki Allah yang tidak dijangka ini.

"Terima kasih atas semua ucapan tahniah yang dikirim yang mana ada kenalan mula mengusik dengan status panggilan saya selepas ini.

"Tak payah susah-susah kerana pangkat tidak membawa kita ke mana-mana. Panggil sahaja saya Nassier kalau itu yang mendekatkan kita, saya tak kisah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online

Rahsia awet muda Nassier Wahab yang buat korang terkejut..

Rabu, 28 Oktober 2015


Nassier Wahab dedah rahsia awet muda
Meskipun kini beliau sudah berusia 53 tahun, namun penyanyi Nassier Wahab masih laris dan kerap mendapat undangan menyanyi setiap minggu. Bak kata orang, Naseer merupakan artis yang masih kental dan mampu bertahan umpama pepatah ‘tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas’.

Lebih menarik, wajah Nassier Wahab juga tidak banyak berubah sejak kemunculannya di era 80an sampai sekarang hingga dia digelar ‘awet muda’ kerana apa yang pasti, ketika era tersebut rawatan wajah menggunakan kaedah kolagen atau yang setaraf dengannya masih belum wujud. Jadi apakah rahsia Nassier Wahab?