Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Perubahan terkini Saiful Apek..

Selasa, 7 Februari 2017

Pelawak terkenal dan lagenda, Saiful Apek telah berjaya meninggalkan dunia 'rokok' sejak 2012 lagi disebabkan kesedaran yang lahir untuk memikirkan rumah tangga, isteri dan dua anak lelakinya meningkat dewasa, Riyadh, 22, dan Radzin, 19.

Menurut Apek, untuk mendidik sesiapa saja apatah lagi darah daging sendiri, dia kena berubah dan barulah kesedaran turut datang dalam diri orang lain.

“Kita tidak boleh hanya bercakap dan ‘mengarah’ orang buat baik, tetapi diri sendiri tidak betul. Semakin anak menginjak ke usia dewasa, saya melayan seperti kawan, menjadi tempat mereka mengadu dan mendengar segala keluhan agar tidak takut untuk bercakap benar.

“Tanpa dipaksa, Riyadh beritahu saya dia merokok dan katanya, itulah kali pertama dan terakhir dia merokok kerana dia tahu kesan buruk sebagai perokok,” katanya HarianMetro.

Wak Doyok dikritik hebat sebab isu ini.. yang mengritik juga bukan orang biasa..

Isnin, 1 Februari 2016

Ikon fesyen tempatan kesayangan rakyat Malaysia, Wak Doyok, telah dikritik oleh umum kerana memuat naik gambar bersertakan quote yang menggambarkan seolah-olah seorang lelaki akan dilihat hebat selagi lelaki itu menghisap rokok. Dan bukan calang-calang orang yang kritik Wak Doyok.. Dia adalah..

Julia Ziegler merokok? (3 gambar)

Selasa, 15 Disember 2015

Benarkah Julia Ziegler ni seorang kaki rokok. Memetik portal Forum Cari, tertangkap gambar yang didakwa kelibat Julia disalah sebuah restoran.

Adakah dia atau kembar dia?

Diana Rafah terkilan dengan hobi Zamarul, apa hobi Zamarul? (7 gambar)

Isnin, 7 September 2015

Diana Rafah mengakui tidak kisah suaminya, Zamarul Hisyam untuk hisap Vape namun tidak menyukai hobi Zamarul yang gemar mengumpul koleksi vapor yang difahamkan mahal dan membazir.

Namun itulah yang terbaik untuk seorang isteri buat suaminya, saling sentiasa pesan memesan jika ianya membuatkan lebih banyak kebaikan berbanding kemudaratan.

Harap keluarga ini menjadi lebih sweet lagi.

Abam kini dah kurang berat badan sebab tidak merokok lagi..

Ahad, 2 Ogos 2015

Pelawak Abam (Bocey) mendedahkan berat badannya mula menunjukkan penyusutan ketara selepas mula mengamalkan diet dan mengambil pemakanan sihat sejak Disember tahun lalu.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, dia juga telah berhenti daripada mengambil nasi sebagai karbohidrat dan lebih tertumpu kepada sayuran dan buah-buahan selain membuang tabiat merokok dan ia turut membantu dalam proses mengurangkan berat badannya.

Abam memberitahu dia sebelum ini saiz pinggannya berukuran 58 sentimeter dan kini turun kepada 52 sentimeter.

Lagi Gambar Erma Fatimah Merokok

Ahad, 1 September 2013

Sekali lagi Erma Farimah membuat sedikit kontroversi mengenai dirinya yang semua orang tahu dia merokok. Kali ini gambar dia merokok dimuatnaik ke dalam laman sosial Instagram.

Pada post yang lalu, SINI tidak terdapat sebarang komen di dalam laman sosial berkenaan mengenai Erma merokok, tapi kali ini ramai kaum hawa yang tampil untuk berkomen.

Panas! Erma Fatima Merokok?

Jumaat, 16 Ogos 2013

Dengar cerita yang Erma Fatima seorang yang juga merokok. Kisah ini mula kecoh apabila instagram Nabila Huda (kupu_kupu) telah memuatnaik video yang kebetulan Erma memegang sebatang rokok.

Namun pihak forum Cari dapat menangkap gambar itu. Pada masa yang sama memetik portal mStar, Erma juga akui membelanjakan sekitar RM6000 untuk membersihkan usus perutnya (kolon).

Gambar Sosial Farina AF?

Selasa, 21 Mei 2013

Gambar dibawah dikatakan merupakan gambar Farina AF dengan Nabila Huda di sebuah tempat hiburan yang didakwan oleh sebuah portal forum hiburan. Memang rasanya aktiviti tidak 'molek' dilihat memandangkan mereka beragama Islam dan beradat Melayu. Namun tak mengapalah, janganlah hentam mereka, mungkin cuma mahu berhibur sahaja.

Kalau nak hentam pon, bagilah nasihat je ok.




Juliana Evans pun merokok juga

Isnin, 3 Mei 2010

Luahan Peminat: Semalam Fieza (bukan nama sebenar) jumpa kawan kat Kajang. Tiba2 ade sorang awek cun lalu depan meja kitorang. Terpegun kejap tengok Juliana Evan. Sangat Cantik! Dalam TV nampak macam biasa je walaupun tau die mix. Tapi kalau jumpa betul2 lagi cantik. She just a kurus a girl tapi menarik, muka dia macam patung, asik nak toleh ke arah dia je walaupun malam tadi die tak pakai makeup langsung. Sampai satu tahap dia perasan Fieza asik pandang die, terus die pandang Slack (kawan Fieza).

Iskh macam jakun plak fieza malam tadi. Di sebabkan muka cantik Juliana Evan fieza tak amik port dah perangai dia buruk coz time tu die meet up some friends and lepak sambil smoke bertalu-talu. For me orang biasa pun ramai smoke kann. Bila la agak-agaknya nak jadi cantik macam dia ye.

Diana Amir Layan Rokok

Isnin, 13 Julai 2009

Apa nak jadi dengan artis sekarang nie, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat, memang agak susah dan sukar. Pelakon baru/iklan, Diana Amir, juga segelintir artis yang suka bersosial. Walaupun gayanya kureng menampakkan dirinya itu seorang sosial tetapi (jeng2), Diana Amir juga layan dengan benda-benda yang memang orang ramai tidak suka yakni rokok. Apatah lagi dia seorang perempuan, kaum perempuan ni mestilah dengan gaya lemah lembut dan sopan, tapi Diana Amir nampak lebih advance dalam dunia artis yang diceburinya. Ngeh3.