Berita Artis,
Johan Raja Lawak,
Maharaja Lawak,
Mamat Sepah,
Nabil Raja Lawak,
Shuib Sepah,
Tauke Raja Lawak,
Zizan Raja Lawak,
Tahniah kepada kumpulan Sepah [Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), Mohd Noor Murad (Mamat) dan Shahmira Mohamed (Shuib)] kerana telah berjaya memenangi tempat pertama dalam edisi Maharaja Lawak 2011 yang telah pun melabuhkan tirainya tadi di Stadium Melawati Shah Alam. Satu keputusan yang agak mengejutkan dan mengemparkan bagi penonton program berkenaan. Dijangkakan ramai menyangka Jozan yang selama beberapa minggu di top 1 bakal menjuarai program itu, namun mereka hanya sekadar menduduki tempat ke-2 dihadapan Nabil ke-3 dan Jambu ke-4.
Dengan 2 tema menjadi pilihan, bebas dan juga muzikal, maka secara keseluruhannya amat membanggakan dan memuaskan hati penonton. Begitulah adat bertanding, seperti bola sepak juga, bola itu bulat. Jadi pemenangnya tidak semestinya mereka yang popular sebelum ini. Sepah dah buat berhabis baik dengan mejoriti sketsa dorang ada babak 'wanita', dan mereka akhirnya menang. Dan yang lain-lain mereka juga tidak pulang dengan tangan kosong. Dapat juga hadiah. Terutama Nabil yang dapat RM150,000 bulat2. haha.. :)