Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ozlyn akui pakai simple, tapi akhirnya kantoi...

Jumaat, 4 Ogos 2017

Baru-baru ini Ozlyn dan suaminya, Johan ada pergi ke sahabatnya. Ozlyn dengan caption nya bertulis yang dia sememangnya seorang yang simple, sehinggakan memakai selipar yang biasa-biasa sahaja baginya.

Namun ramai nitizen yang cerdik pandai telah mengetahui itu bukan selipar biasa-biasa, sebenarnya itu adalah selipar berjenama Channel.

Persoalannya, simple sangat ke Ozlyn katakan ni? kelentong akhirnya kantoi?

Kejutan paling sweet dari isteri buat Ajak Shiro (video kena cium)

Ahad, 12 Jun 2016

Pelawak Ajak Shiro terkejut sebaik sahaja membuka bonet keretanya dan melihat hadiah yang diberikan oleh isteri kesayangannya, Afifah Amin.

Hadiah tersebut diberikan oleh Afifah sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-7 iaitu sepasang kasut Air Jordan berwarna hitam.

Gembira melihat reaksi Ajak, Afifah kemudiannya mengucapkan perkataan ‘Happy Aniversary sayang’, sebelum mencium pipi suaminya.

Adik Neelofa beli kasut palsu berharga RM12,000? (9 gambar)

Isnin, 9 Mei 2016

Mungkin ramai sudah mengenali adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Ameera yang pernah mencetuskan kontroversi beberapa bulan lalu

Dan baru-baru ini, gadis ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar sepasang kasut edisi khas Yeezy yang dibelinya dengan harga 2000 pound (lebih kurang RM12,000).

Maria Farida bergaduh pasal kasut? (4 gambar)

Isnin, 25 April 2016

Dengarnya Datin Maria Farida berebut kasut. Bukan kasut berjenama kelas tinggi dan mahal beribu-beribu cuma harga RM300 ratus sahaja.

Bahkan diceritakan kasut berkenaan kebetulan mahu juga dibelikan oleh seorang untuk anaknya. Dan ini serba sedikit luahan hati si bakal pembeli terhadap Maria.

Adik Eira Syazira tampil bagi komen kasut tiruan..

Jumaat, 22 April 2016

Berita mengenai penipua jenama kasut tiruan oleh Eira Syazira yang diluahkan oleh pembelinya telah mendapat liputan yang hangat.

Namun Eira belum lagi tampil memberikan penjelasan mengenainya. Adiknya, yang juga pelakon, Syafnida sempat memberikan komen mengenai hal itu memetik MediaHiburan

Eira Syazira menipu? jual barangan tiruan?

Rabu, 20 April 2016

Eira Syazira dikatakan telah menipu pelanggannya dengan menjual kasut jenama tiruan dan mengenakan harga yang mahal sama seperti jenama original.

Menurut laporan Utusan Online, bukan itu sahaja, malah dikatakan kasut yang diterima itu mempunyai jahitan tidak kemas, siap mempunyai kopak-kopak lagi pada bahagian tapak kasut itu. Perkara ini mengukuhkan lagi dakwaan bahawa kasut yang dibeli individu itu merupakan barang rosak dari kilang.

Kata laporan itu lagi, individu itu telah membeli dua pasang kasut dengan harga yang mahal iaitu RM500. Namun beliau kecewa melihat keadaan kasut yang diterimanya itu serta sikap Eira yang tidak memeriksa kualiti kasut sebelum menjualnya memandangkan beliau telah membayar dengan harga yang tinggi.

Setakat ini Eira Syazira masih belum mengemukakan sebarang komen mengenai perkara ini.

Tauke Jambu tayang harga kasutnya berharga RM6000

Isnin, 9 Jun 2014

Bukan main lagi bila Tauke Jambu menayangkan hasil pembelian kasut mewahnya berharga RM6000. Memang membazir la kalau dilihatkan. Kalau ada wang seperti ini, bagus fikir pergi umrah. Dah dapat tiket ulang alik kan. :)

Kasut pemberian Zain kepada Rozita Che Wan

Sabtu, 12 April 2014

Kali ini bukan menyangkut isu kereta anak lelaki kepada pelakon, Rozita Che Wan namun sesuatu yang menarik terhadap gaya dan penampilannya.

Jeng-jeng, ianya merupakan sandal yang dipakai oleh Rozita. Sandal itu dikhabarkan adalah hadiah bersempena hantaran ketika perkahwinannya dengan suaminya, Zain Saidin.

Lihat sandal ini, pastinya sandal yang berharga mahal mungkin nak ratusan atau ribuan agaknya, jenama Gueseppe Zanoti la katakan.

Kata Rozita ianya selesa ketika dia kini sedang hamil, tapi tengok balik, macam tak selesa je nampak kasut ni sebab ada tajam-tajam. hoo

Gambar koleksi kasut Siti Nurhaliza

Khamis, 20 Januari 2011

Jarang kita dapat melihat koleksi kasut sesetengah artis, mungkin ada yang menyimpan berpuluh-puluh pasang kasut. Makin dia terkenal, makin itulah perlu perubahan setiap kali muncul dari segi semua aspek. Untuk kelihatan terkini dan berktrampilan. Dato' Siti tidak kurang hebatnya, kasut miliknya mula ditayangkan kepada umum. Mestilah semua kasut yang berjenama, harga pun mahu beratus-ratus Ringgit juga sepasang, mungkin sampai ketahap ribuan Ringgit. Soal harga, Dato' Siti Nurhaliza memang mampu punya, yang penting kepuasan tu tetap ada. Kalau lelong, mesti berebut oO.


dari kiri (clockwise) silver Stuart Weitzman, peep toe Stuart Weitzman,Gucci & Bernard Chandran




Gucci


bernard