Khamis, 2 Mei 2013
Dah besar-besar dah anak angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszapahar dan isteri, Dr Halina. Anak sulung, Sophea Isabella dan si kecil yang baru berusia 5 bulan, Sophea Natasha. Jum layan. -gambar barelysupermommy.com
Dengan kepanjangan 5cm size gambar itu, Dr Halina menjagkakan dan seterusnya mengharapkan bayi berkenaan adalah lelaki. Memandangkan anak sulung mereka perempuan, Sophea Isabella yang kini berusia setahun sejak Julai 2011 dilahirkan. Tahniah diucapkan kepada Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar.










“Sukar untuk saya gambarkan perasaan tetapi saya bersyukur dengan zuriat daripada Allah dan ini hadiah yang terbaik untuk kami,” kata kepada media.


Sheikh Muszaphar menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas 11 bertemakan rona putih gading dan perak. Hiasan hantaran turut diserikan dengan warna biru muda. Bagaimanapun wang hantaran tidak dimaklumkan atas keputusan kedua-dua belah pihak.





Dr Sheikh Muszaphar, 37, segak berpakaian baju Melayu kelabu dan bersamping merah muda dan bersongkok dengan diiringi bapanya Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan ibunya Datin Zuraidah Sheikh Ahmad. Sementara Dr Halina, 29, yang tampak manis berpakaian baju kurung moden merah muda diiringi bapanya Mohd Yunos Mohd Ali dan ibunya Habibah Endan.
Seorang kenalan rapat Dr. Sheikh Muszaphar ketika di sekolah menengah dahulu menyampaikan yang hal ini di suarakan sendiri oleh empunya badan. Dalam kenyataan selepas bertunang Februari lalu, Dr. Sheikh Muszaphar mendakwa ada perancangan untuk melangsungkan majlis pernikahan pada Julai 2009.
Beliau akan mengikat tali pertunangan dengan Dr. Halina Mohd. Yunus pada 1 Januari tahun depan.Mengimbas detik manis pertemuan dengan gadis pilihannya itu, beliau mengakui tertarik hati dengan bakal isterinya itu sejak mula berkenalan.”Dr. Halina pernah menjadi murid saya sewaktu dia menjalani latihan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Ketika itu saya menjadi pensyarah di sana. Saya tidak mementingkan kecantikan luaran seseorang wanita. Bagi saya kecantikan dalam sangat penting. Ciri-ciri itulah yang ada pada beliau yang menambat hati saya,” ujarnya terus terang.
"Benar, saya kenal dia masa kami sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," akuinya ringkas.