Pada:
Khamis, 26 Mac 2009

Menurut beliau, Halina menjadi pilihannya setelah mereka salingmengenal hati budi masing-masing sejak masih menuntut di universiti lagi.

Pada 27 November tahun lalu, kami berjaya mendapatkan reaksi balas doktor dalam bidang kecantikan estetik di Prima NoraWomen's Wellness Centre itu mengenai hubungannya dengan SheikhMuszaphar.
"Saya serasi dan suka berkawan dengan Mus," kata Halina ketika itu tetapi pada masa yang sama Sheikh Muszaphar mengambil sikap mendiamkan diri tanpa memberi sebarang komen.
Ditanya lebih lanjut soal perkahwinannya, Sheikh Muszaphar dengan tenang berkata: "Saya tak mahu bercakap tentang hal kehidupan peribadi saya lagi."
Mengulas mengenai perkembangan terkini dirinya, beliau berkata, dia telah kembali kepada jawatan hakikinya sebagai pakar bedah di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) tetapi hanya bertugas seminggu sekali saja.
Tag : Berita Artis , Dr Muszaphar