Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Asfan bakal timang anak ke-3

Khamis, 6 April 2017

Asfan memberitahu yang isterinya, Ain Sakinah, kini disahkan hamil lebih sebulan anak ke-3. Tambah Asfan walaupun tidak merancang untuk menambah anak dalam masa terdekat, beliau menyifatkan kandungan itu sebagai rezeki buat keluarganya.
"Doktor baru saja mengesahkan isteri mengandung kira-kira dua minggu lalu. Sebelum berjumpa dengan doktor, kami terlebih dulu membuat pemeriksaan sendiri di rumah.

"Pada asalnya kami mahu fokus pada dua anak saja buat sementara waktu ini, tetapi tak sangka pula Allah menambahkan lagi rezeki kami," katanya kepada BH Online.
Dua cahaya mata Asfan adalah Ali Haytham Shah, 4, dan Ali Wakeel Shah, 2.

Inilah punca sebenar kenapa Asfan ditumbuk Bil Azali...

Jumaat, 4 September 2015

Ha ini lah punca kenapa Asfan ditumbuk aka dipukul oleh adik iparnya yang juga seorang pelakon, Bil Azali di KLIA Sabtu lalu.

Dengarnya Asfan berlagak seperti orang bujang dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Pelakon Asfan ditumbuk oleh Bil Azali di KLIA!

Rabu, 2 September 2015

Penyanyi Asfan (gambar atas) telah mengesahkan dipukul pelakon Bil Azali ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, 31, sedang menunggu isterinya yang juga kakak kepada Bil dan anak-anaknya pulang bercuti dari Perancis di balai ketibaan di lapangan terbang berkenaan.