Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Hafiz Hamidun buat kenyataan 'Suprise' buat semua wanita bujang..

Rabu, 10 Ogos 2016

Hafiz Hamidun mengakui kini dirinya tidak lagi mahu memilih mana-mana wanita yang datang untuk menambat hatinya. Dia tidak kisah yang datang itu lebih berusia atau berstatus janda.

“Saya mensasarkan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan, cuma dengan siapa belum tahu. Saya juga tiada masalah dengan wanita berusia mahupun janda jika merekalah jodoh saya kerana pemikiran wanita sebegini lebih matang. Faktor itu sangat penting memandangkan saya sentiasa sibuk dengan karier seni dan perniagaan dan mereka lebih berdikari”

“Saya seorang yang cepat teruja apabila berkongsi kisah peribadi walaupun menyedari perhubungan terjalin masih terlalu baru. Bagaimanapun apabila sering kali putus dalam percintaan saya kena lebih berjaga-jaga. Saya bukanlah lantang bercerita, cuma sekadar berkongsi apabila ditanya soal cinta,” katanya kepada Berita Harian Plus

Rosyam Nor tayang wajah dia masa muda (gambar)

Selasa, 24 November 2015

Gila hensem Rosyam Nor masa dia muda-muda dulu. Dengan menayangkan gambarnya di lesen memandu lama yang masih dipegangnya dan menukarnya kepada bentuk/format terbaru terkini seperti mykad.

Caption dia pun bukan alang-alang lawak.

Peminat sokong jika Fahrin-Rafidah bercinta!

Khamis, 16 Oktober 2014

Lupa nak upload sekeping gambar pada post yang lalu ketika Rafidah Ibrahim bercuti ke England. Rupa-rupanya dia bersama Fahrin ke sana. Mungkin shooting kot. Yela takkan la bercinta pula kan, takde angin ribut mengenai dua selebriti ni.

Tapi ada rata-rata peminat yang mengomen dan menyokong jika mereka bersama-sama. Masing-masing juga single, dan belum ada lagi berita jika kedua-duanya sudah mempunyai kekasih hati. keke.

Irma Hasmie buka buku baru, jadi single!

Selasa, 16 November 2010

Janji yang diikat di antara dua hati tidak semestinya berakhir dengan ikatan perkahwinan. Hakikat itu terpaksa di terima oleh pelakon Irma Hasmie dan Nabil Ahmad apabila cinta yang disulam itu terputus di tengah jalan. Menerima dan pasrah dengan apa yang telah ditetapkan kedua-dua mereka menganggap perpisahan yang terjadi adalah suratan yang sudah tertulis dan perlu dilaluinya dengan tenang.

“Saya mahu hidup tenang, tidak mahu bercakap soal dia dan apa yang sudah terjadi di antara kami. Saya tidak menyalahkan takdir kerana apa yang berlaku saya anggap sebagai lumrah kehidupan. Saya dah tutup buku lama dan mulakan yang baru. Saya bersyukur kerana diberikan kekuatan di saat-saat ini. Jika sudah termaktub olehNya, saya terima dan reda dengan dugaan ini,” katanya kepada mStar.

Halim Othman kahwin pada bulan Jun

Jumaat, 15 Januari 2010

Selama dua tahun berehat setelah meninggalkan Sinar FM pada 18 Januari 2008 yang lalu, Halim Othman berkata banyak aktiviti yang ingin dilakukannya sebelum ini telah terlaksana dan yang lebih menarik ialah dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada Jun ini. Halim, 45, mengakui sudah menjumpai pasangan yang sesuai dan bakal mengikat tali pertunangan secara rasmi dalam jangka masa terdekat ini.

"Saya mengaku sedang dalam percintaan dan akan merancang untuk berkahwin pada Jun ini dan itulah yang sedang dalam fikiran saya sekarang ini. Sekarang masih lagi diperingkat perbincangan untuk menetapkan tarikh yang sesuai dan akan mengumumkannya," ujarnya.
Menurut Halim gadis bertuah yang berjaya menambat hatinya adalah dikalangan wanita biasa yang bukan dari industri hiburan.
"Saya mengenali dia sudah 15 tahun tapi baru enam bulan kami betul-betul menjadikan hubungan tersebut lebih serius. Dia seorang yang mempunyai pakej yang sempurna sebagai seorang isteri dan kami saling lengkap melengkapi. Umurnya sekitar 30an, merupakan seorang ahli perniagaan dan cukuplah saya katakan dia orang Malaysia," ujarnya yang masih merahsiakan identiti sebenar bakal isterinya itu.