Lagu Penakut - Yuna ditarik balik!

Pada: Jumaat, 25 November 2011
Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, ciptaan Edry Abdul Halim diumumkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke 18 menggantikan lagu Penakut komposer dan nyanyian oleh Yuna.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata terdapat kesilapan pengiraan undi dibuat oleh juruaudit luar rasmi, AIM 18, Ernst & Young yang mengakibatkan kesilapan pengumuman pemenang pada malam, 12 November lalu.

"Lagu Penakut oleh Yuna, telah tersilap ditentukan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik berdasarkan markah tertinggi yang diberikan oleh hakim-hakim bagi 20 buah lagu yang terdiri daripada 5 calon tertinggi dari sub-kategori iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.

"Mengikut kriteria yang ditetapkan oleh RIM, pemenang Lagu Terbaik mestilah merupakan salah satu pemenang bagi empat anugerah sub-kategori tersebut dan atas dasar itu pemenang lagu terbaik AIM 18 sepatutnya adalah Sedetik Lebih oleh Anuar Zain,"
Kata Yuna..
"Saya tidak rasa malu atau serik untuk menyertai AIM pada masa akan datang kerana bagi saya mereka telah berusaha memperbetulkan keadaan sebenar.

"Saya juga tidak rasa perkara ini akan menjejaskan reputasi saya sebagai seorang penyanyi baru," katanya.

Tag : , , , ,