Pada:
Rabu, 26 Julai 2017
Netizen turut mengutuk pada usia 69 tahun ini, Norlia seharusnya mendekatkan diri kepada Allah berbanding sibuk memikirkan hal dunia iaitu terus menjadi pelakon.
Rentetan luahan itu menjadi viral, Norlia akhirnya tidak malu untuk membuka cerita kenapa dia perlu berlakon pada usianya sekarang.
Sebak sebenarnya mendengar luahan hati ibu tunggal ini yang masih perlu bekerja mencari rezeki berbanding ibu-ibu lain seusianya.
“Biarlah apa orang nak kata… sebab tak semua orang tahu artis veteran ni bukan hidup senang. Orang luar ingat semua artis tu kaya.
“Yalah… kita ni bila keluar rumah kena pakai cantik-cantik sebab kita artis tapi belum tentu kita ada duit,
“Saya masih lagi tinggal menyewa. Sebulan kena bayar sewa dalam RM1,000 lebih. Saya ada mohon rumah PPR (rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat) dah sekian lama tapi sampai sekarang tak dapat.
“Nak harapkan anak-anak, memang mereka ada bantu tapi mereka pun ada keluarga sendiri. Takkan kita nak minta duit anak-anak pula?”katanya kepada mStar Online.
Tag : Berita Artis , Facebook , Norlia Ghani , Pelakon Vateran



