Hidup Ungku Hariz ditanggung oleh isterinya, Jihan Muse?

Pada: Selasa, 21 Mac 2017
Ungku Hariz berasa terkilan apabila ada pihak melemparkan fitnah kononnya kehidupan dia ditanggung oleh isterinya yang juga pengacara dan pelawak, Jihan Muse.

Ungku Hariz, 32, bagaimanapun merasakan tidak perlu untuknya mempertahankan diri kerana dia tahu sudah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik terhadap isterinya itu.

"Saya manusia biasa dan tidak dapat lari daripada berasa terguris apabila mendengar gosip itu.

"Memang saya terkejut apabila ada orang kata hidup saya ditanggung isteri walaupun ia tidak benar.

"Pun begitu baik saya atau Jihan kami lebih tahu dan tidak perlu saya war-warkan apa yang saya sudah lakukan untuk isteri dan rumah tangga kami,

"Faktor Jihan lebih menonjol mungkin menjadi faktor tetapi itu bukan satu masalah kepada saya kerana itu adalah rezeki isteri saya.

"Tetapi Alhamdulillah kami saling memberi semangat kerana sebelum berkahwin pun saya dan Jihan sudah berkawan lama dan tahu permulaan kami di mana," katanya kepada mStar Online.

Pemilik nama sebenar Ungku Hariz Faizal dan Jihan mendirikan rumah tangga pada 20 Mac tahun lalu.

Tag : , , , , ,