Pada:
Rabu, 4 Januari 2017

"Alhamdulillah, jemputan untuk ke sidang media khas bagi berkongsi perihal perkahwinan kami sudah diterima oleh pihak media. Buat masa ini, fokus diberikan kepada persiapan perkahwinan dan kami akan berkongsi lebih lanjut mengenai banyak perkara pada tarikh itu.
"Kami antaranya akan memaklumkan mengenai tarikh akad nikah, resepsi pihak perempuan, penaja yang terbabit dan banyak lagi. Malah, saya juga akan menjelaskan sebarang kekeliruan yang akan diusulkan oleh media.
"Tidak elok rasanya untuk saya bercerita lebih-lebih ketika ini kerana Nabila kini sedang menunaikan ibadat umrah di Tanah Suci dan dijangka pulang pada 7 Januari ini," katanya kepada BH Online.
Tag : Adik Beradik , Berita Artis , Neelofa , Pelakon , Perkahwinan Artis , Sharnaaz