Pada:
Rabu, 21 September 2016

"Dia memang lelaki yang paling rapat dalam hidup setakat ini. Sebenarnya saya tidak begitu memilih, cukuplah jika memahami kerjaya dan setakat ini dia cukup menyenangkan.
Belum ada perbincangan untuk mendirikan rumah tangga, tambahan pula karier masih di peringkat permulaan kerana saya bermula agak lambat dalam bidang ini. Justeru, saya perlu memastikan segala-galanya telah stabil sebelum boleh memikirkan soal itu.
Pada mulanya, memang takut dengan perbezaan usia memandangkan saya berusia tiga tahun lebih tua daripadanya, namun apabila berbicara dengannya, saya tidak berasa sedang berbual dengan insan yang lebih muda. Kami juga tidak pernah merajuk kerana baru mengenali antara satu sama lain.
Keluarga tahu hubungan kami, tetapi masih belum ada sebarang pertemuan rasmi. Keluar pun beramai-ramai bersama kawan bagi mengelak sebarang syak wasangka masyarakat." -Mia Ahmad
Tag : Artis Bercinta , Gossip Artis , Mia Ahmad , Pelakon , Pemain Bola Sepak