Pada:
Khamis, 11 Februari 2016
Pelakon Nor Albaniah Raffie tidak memandang serius pihak tertentu yang mengkritiknya berpenampilan seksi walaupun usia mencecah hampir setengah abad.
Albaniah, 46, berkata untuk apa menyembunyikan identiti kerana penampilannya selama ini adalah memaparkan dirinya yang sebenar.
“Saya cuma menjadi diri sendiri. Saya menang jenis begini. Mengapa perlu saya menipu orang lain dengan menjadi seseorang yang bukan diri sebenar.Ibu tunggal beranak satu masih belum mempunyai kekasih hati walaupun sudah ditinggalkan suami 20 tahun lalu kerana kemalangan jalan raya.
“Saya tidak kisah orang nak kata apa kerana saya sendiri yang mengharungi hidup ini, bukan mereka. Kalau mereka ingin mengata, biarkan sahaja,” katanya dalam satu wawancara disiarkan Kosmo!
Katanya, bakal teman hidupnya perlulah sama atau lebih baik daripada ciri-ciri yang ditunjukkan arwah suami.
Tag : Artis Janda , Artis Seksi , Berita Artis , Gossip Artis , Nor Albaniah , Pelakon


