Pada:
Khamis, 16 Julai 2015

Keputusan itu diambil berikutan rumah mereka di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar pada 15 Jun lalu. Mengikut Atu, biarpun sedih dengan nasib malang menimpa keluarga mereka dan penduduk kampung lain, dia menganggap kejadian itu sebagai dugaan.
"Memandangkan ibu kami tinggal sementara di sini selepas semuanya kembali seperti sedia kala, kami akan menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum kembali ke Sabah untuk majlis pernikahan Syaiful di sana.
"Perkara ini bukanlah sesuatu yang dapat dijangka. Tindakan yang diambil oleh Syaiful itu juga adalah sebaiknya buat masa ini memandangkan kerja pembaikan hanya boleh dilakukan selepas raya," ujarnya.
Tambah Atu, keputusan membawa ibu dan empat orang adik mereka untuk tinggal bersama di Kota Damansara kerana melihatkan keadaan mereka yang terpaksa tinggal di penempatan sementara yang disediakan.
"Memang ibu agak keberatan untuk tinggal di sini namun dia memahami keputusan yang diambil bersifat sementara saja. Kami turut memahami situasi ibu yang lebih selesa di rumahnya sendiri di Sabah," jelas Atu lagi. Selain Atu, Zero turut dianggotai oleh dua abangnya iaitu Mohammad Syaiful Doli Sharif, 26 (Syaiful) dan Sharif Kadil Doli Sharif, 24 (Sharif). petikan portal Bharian
Tag : Berita Artis , Pelawak , Pernikahan , Zero