Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Achey, Zero pergi memancing di laut dalam (gambar last tu paling LAHANAT)

Khamis, 27 Julai 2017

Waow bukan main gembira lagi nampak Achey Bocey dan kumpulan Zero pergi ke laut dalam untuk memancing. Memang menyeronokkan sekali. Tapi dalam banyak-banyak benda ni, gambar di bawah tu lah paling tak guna.

Pengomen Aizat Mustafa telah sedikit sebanyak menghina rakyat Sabah, walhal tanpa Sabah dan Sarawak, Semenanjung is NOTHING!

Kumpulan Zero dikecam di hari pertama Maharaja Lawak Mega 2017

Rabu, 22 Februari 2017

Persembahan oleh pasukan Zero yang menyaksikan salah seorang daripada pelawak lelaki kumpulan itu tampil dengan memakai pakaian tradisi Iban.

Apa yang dipersoalkan oleh netizen bukalah isu sama ada boleh atau tidak mereka memakai pakaian tradisi itu untuk tujuan persembahan, sebaliknya pemakaian “Ngepan Indu” oleh pelawak lelaki itu sebenarnya tindakan yang tidak dapat diterima kerana “Ngepan Indu” adalah pakaian tradisi untuk kaum wanita saja, dan penampilan sedemikian rupa seolah-olah mempersendakan pakaian tradisional komuniti Iban itu.

Menurut Dr. Patricia Ganing, pensyarah dan pengkaji sosiobudaya masyarakat Iban di UPSI, kumpulan tersebut sepatutnya melakukan sedikit penyelidikan tentang pakaian tradisi komuniti Iban itu sebelum membuat persembahan. Pakaian Ngepan Indu sepatutnya dipakai oleh golongan wanita bukan lelaki walaupun pelakon tersebut melakonkan watak wanita.

“Kalau dari sudut kepercayaan Iban memang Ngepan Indu ini tidak boleh sesuka hati digunakan atau dipakai, sebabnya kalau zaman dahulu, ini merupakan pakaian untuk dewi Kumang dan dewi-dewi yang lain. Pemakaian Ngepan juga hanya untuk upacara ritual sahaja di zaman kala, bukan untuk suka-suka. Cumanya sekarang ini pakaian ini telah dikontemporarikan sebagai pakaian untuk menari”, kata Dr. Patricia.

“Malah kalau zaman dahulu, untuk menenun kain ini pun ada ritualnya. Corak yang dihasilkan pada kain pun, diturunkan oleh dewi kepada manusia melalui mimpi. Bukan sesuka hati sahaja untuk menghasilkan corak pada kain. Sehingga ke hari ini pun, komuniti Iban masih mengamalkan kepercayaan tradisional mereka dimana mereka perlu mengadakan upacara penyembahan atau miring. Masyarakat Iban percaya, kalau tiada persembahan atau piring si penenun akan jatuh sakit atau mendapat malapeteka yang lain” katanya.

“Objektif pemakaian baju tersebut pun tidak jelas pada persembahan mereka. Mahu kata persembahan tersebut menceritakan tentang Sarawak bukan pula, itu yang saya katakan sebagai objektif tidak jelas” tambahnya memetik borneodihati.org.

Senarai penuh peserta Maharaja Lawak Mega 2017

Jumaat, 10 Februari 2017


Mana peserta pilihan anda?

1. Kumpulan Nice

Syaiful Zero dah berkahwin.. (3 gambar)

Ahad, 26 Julai 2015


Syaiful Zero sudah pun sah bergelar suami isteri setelah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya hatinya, Ashura Rudy di Surau Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah, pada tarikh 24 Julai yang lalu.

Syaiful atau mesra dipanggil Melati telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM100 dengan wang hantaran sebanyak RM10,000.

Syaiful Zero nikah gantung..

Khamis, 16 Julai 2015

Ahli kumpulan Zero, Sharif Kunal Doli Sharif atau Atu, 22, berkata majlis resepsi perkahwinan abangnya, Syaiful yang dijadualkan pada Aidilfitri nanti terpaksa ditangguhkan dan dia akan hanya bernikah terlebih dahulu.

Keputusan itu diambil berikutan rumah mereka di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar pada 15 Jun lalu. Mengikut Atu, biarpun sedih dengan nasib malang menimpa keluarga mereka dan penduduk kampung lain, dia menganggap kejadian itu sebagai dugaan.

Rumah Zero di Kudat terbakar hangus (4 gambar kebakaran)

Khamis, 18 Jun 2015



Kediaman kumpulan pelawak, Zero di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari semalam, Selasa.

Zero dituduh berlagak?

Isnin, 23 Februari 2015

Nama Zero kini kian popular dimana mereka sudah menjadi juara bagi program realiti Maharaja Lawak Mega 2014 yang lalu. Namun ada dengar kata-kata yang kurang tidak senang buat mereka dilemparkan.

Memetik portal Utusan, gosip ini timbul apabila seorang pengurus sebuah acara mendakwa yang mereka kini berlagak. Ini berikutan sejak menjadi juara, mereka sepertinya susah untuk berurusan.

Sebelum ini, pengurus berkenaan ada berurusan dengan mereka untuk sebuah acara, namun belum ada kata sepakat atau persetujuan yang dibuat.

Tidak dipastikan silap siapa disini, harap ianya cuma salah faham kecil. Mungkin Zero ada perancangannya yang tersendiri selepas ini.

Punca sebenar Syaiful Melati tunda perkahwinan!

Jumaat, 13 Februari 2015

Difahamkan salah seorang ahli kumpulan pelawak Zero, Syaiful akan menangguhkan proses untuk berumahtangga aka kahwin dengan pasangannya.

Keputusan Syaiful atau panggilan Melati itu dibuat adalah dasar kerjaya atau kemungkinan mendapat pelbagai tawaran.

Namun ramai yang terkilan, kerana hasrat Syaiful itu seharusnya dibuat terlebih dahulu, kerana itu adalah niat pertama mereka dan tidak menjadi kesalahan jika sudah berkahwin dan kekal sebagai seorang pelawak.
Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu. Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu…Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja dahulu. -Syaiful

Niat baik Zero, Biayai ibu pergi Haji

Ahad, 8 Februari 2015

Niat baik akan diakhiri dengan kebaikkan juga. Juara MaharajaLawak Mega 2014, Zero telah berhasrat untuk menggunakan wang kemenangan mereka yang berjumlah RM500,000 itu untuk membiayai kepermegian ibunda mereka ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardu Haji.

Selain itu, wang itu juga akan digunakan untuk membina rumah dan pembiayaian perkahwinan Syaiful (Melati).
“Ada tiga perkara yang akan dibuat iaitu akan hantar emak menunaikan Haji di Mekah. Kedua mahu membuat rumah dan ketiga mungkin digunakan untuk persiapan perkahwinan Syaiful,”

“Benda ini semua rezeki. Tak kira kalau dapat nombor berapa atau tersingkir sekali pun kami tetap mahu tunaikan hajat buat keluarga,” -Sharif