Pada:
Jumaat, 24 April 2015

Johan beranggapan demikian disebabkan segelintir blogger mudah membuat kesimpulan sendiri tanpa menanyakan hal sebenar hanya sekadar merujuk laman sosial.
Sepertinya Johan enggan berterima kasih kepada blogger yang banyak mempopularkan dirinya sehingga berada ditahap ini.
Ada pihak lain juga beranggapan Johan tak perlu takbur dengan pencapaian yang dimilikinya sekarang, kerana sebagai anak seni dia harus menerima hakikat publisiti dan gosip adalah benda yang rapat dengan mereka.
Dan ini kenyataan Johan di portal mStar semalam.
"Saya tidak akan layan penulis blog dan saya berpendapat kehadiran mereka sebenarnya langsung tidak diperlukan. Jika ada sesiapa yang ingin membuat temu bual dengan saya, saya akan bertanya terlebih dahulu mereka dari mana dan sekiranya dia adalah blogger saya tidak akan layan,"
"Mereka ini semua nonsense (tidak berfaedah). Andaian yang mereka buat selalunya akan membuatkan sesuatu perkara itu menjadi lebih kecoh.
"Sebab itu saya tidak mahu melayan golongan ini dan ia tidak mendatangkan sebarang kerugian pun,"
"Bukan saya sahaja tetapi ada artis lain lebih teruk kena dengan mereka apabila artikel memburuk-burukkan dan tidak mempunyai fakta dihasilkan.
"Buat apa hendak berasa takut sekiranya mereka hendak kecam kerana mereka sendiri tidak pernah bertanya apa-apa sebelum menulis sebarang artikel," jelasnya.
Tag : Berita Artis , Blog , Deejay Radio , Gossip Artis , Johan Raja Lawak , Pelawak