Pada:
Selasa, 10 Februari 2015

Johan bagaimanapun berkata, perasaan itu wujud hanya semata-mata untuk menjiwai watak memandangkan mereka bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri itu.
"Sebagai seorang pelakon, 'cinta lokasi' itu perlu ada dalam memberikan komitmen kepada watak yang dijayakan bersama heroin sesebuah drama atau pun filem.Dalam pada itu, menjelaskan mengenai perkara itu, Johan berkata, hubungannya dengan Puteri Najwa kelihatan akrab berkemungkinan faktor hanya mereka berdua terlibat ketika penggambaran diadakan di Sungai Lembing, Kuantan Pahang.
"Saya akui wujud hubungan itu dengan Puteri Najwa tetapi ia sekadar untuk kami mendapatkan keserasian dalam mendalami watak yang diamanahkan,"
Jelas Johan, dia tidak mempunyai sebarang niat tidak baik terhadap aktres itu apatah lagi cuba memikatnya kerana menghormati wanita berkenaan.
"Kami rapat sebab tiada pelakon lain ketika penggambaran di sana kerana banyak babak hanya melibatkan kami sahaja. Itu pun Puteri Najwa tidak berada lama di Sungai Lembing.
"Mungkin apa yang orang lain lihat cuma tanggapan mereka sahaja wahal tiada apa-apa berlaku diantara kami,"-kata Johan memetik portal mStar
Tag : Artis Bercinta , Gossip Artis , Johan Asari , Pelakon , Puteri Najwa