Pada:
Rabu, 17 Disember 2014
Jangan fikir bukan-bukan, Awie terpaksa buat demikian kerana bimbang pihak lain akan terjejas mengenai kontrak yang telah di tandatangani nya itu.
Namun Awie tetap membuat majlis tahlil selepas kerjayanya ini selesai kelak.
“Bunyinya macam saya tidak mengambil berat, seperti melepaskan tanggungjawab untuk buat majlis tahlil, tetapi saya ada sebabnya.
“Saya dah tanda tangan kontrak dengan Erma dan perlu akur dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Biarlah saya susah seorang daripada menyusahkan orang lain yang bertungkus lumus menjayakan naskah ini,”
“Alhamdulilah keluarga pun faham, dan saya harap peminat pun akan faham, kerja saya ini umpama berperang. Ketika berperang anda menerima berita yang sedih, maka demi tanggungjawab anda akan terus laksanakan misi peperangan itu, begitu juga dengan situasi saya sekarang ini,”
“Buat masa sekarang, saya mohon bantuan dengan pihak masjid buat majlis tahlil untuk arwah ibu, selepas selesai kerja dan tugas saya ini, saya akan buat dan menjemput para tahfiz atau anak-anak yatim, saya rasa isu ini tak perlu diperbesarkan,” - Awie petikan portal Murai
Tag : Awie , Berita Artis , Ibu Artis , Kenduri , Pelakon , Teater Muzikal


