Pada:
Selasa, 25 November 2014
Dengarnya Amelina telah mendedahkan yang dia sudah buat solat sunat istikharah sebanyak 3 kali sebelum membuat keputusan masuk ke dunia anak seni semula.
Memetik portal mStar, Amelina yang kini mencecah usia 40 tahun mengakui inilah masanya yang tepat selepas 15 tahun 'menghilangkan diri'.
"Saya sudah lama memikirkan untuk kembali semula sebagai penyanyi namun banyak perkara yang saya fikirkan membantutkan usaha itu.
"Sehingga saya buat tiga kaki solat istikharah, barulah saya dapat jalan dan keyakinan untuk teruskan niat ini pada masa yang sangat sesuai,"
"Saya akan tampil dengan gaya baru yang tidak terlalu seksi kerana perlu menjaga maruah anak-anak yang semakin membesar serta ibu.
"Lagi pula saya dikenali tanpa tarian seksi atau gelek, jadi tiada masalah tentang tarian kerana orang hanya ingin dengan lagu dan suara saya sahaja," -Amelina
Tag : Amelina , Berita Artis , Fesyen Tudung , Lagu Dangdut , Penyanyi


