Pada:
Rabu, 24 September 2014

Farhan yang memetik portal mStar menjelaskan yang dia sudah memberikan RM5000 kepada Abby tapi Abby menolak dengan alasan jumlahnya sedikit dan perlu dilangsaikan sekaligus yang didakwa Abby jumlahnya adalah puluhan ribu Ringgit.
Sepertinya satu jumlah yang menghukum Farhan walaupun dinafikan sekeras-kerasnya oleh Farhan mengenai jumlah wang sebesar itu.
"Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu,
"Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya,
"Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad," -Farhan
Tag : Abby Abadi , Artis Janda , Berita Artis , Gossip Artis , Perceraian Artis , Suami Isteri