Pada:
Khamis, 14 Ogos 2014
Johan akui mempunyai harga tersendiri kepada sesiapa yang mahu menyewa perkhidmatannya di dalam sesebuah majlis. Kemungkinan perlu bayaran yang tinggi.
Namun Johan juga mempunyai cara sendiri untuk beramal.
"Ramai pihak yang panggil untuk saya buat persembahan amal dengan bayaran sagu hati dengan alasan ia adalah untuk majlis amal.
"Kalau mereka mahu buat amal, mereka perlu bayar dengan harga saya untuk persembahan itu,"
"Banyak cara untuk kita beramal selain menyertai majlis amal. Sejak saya mula bekerja lagi saya sudah amalkan perkara ini kerana bagi saya kalau kita ingin murah rezeki, kita perlu jadi pemurah dahulu.
"Saya ada menjaga anak yatim yang mana saya sediakan keperluan mereka, malah setiap waktu terluang kami sekeluarga akan pergi ke rumah kebajikan orang tua atau anak yatim untuk menziarah dan memberi sumbangan yang termampu," -Johan, petikan mStar
Tag : Beramal , Berita Artis , Deejay Radio , Johan Raja Lawak , Majlis Resepsi , Pelawak


