Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Saya pernah terlebih dosa daripada Awie - Bob Lokman

Rabu, 12 Julai 2017

Dengar khabar kedatangan Awie ke Kelantan disambut hambar sehinggakan ada sesetengah orang menganggap Awie tak layak datang ke negeri itu. Persoalan itu timbul apabila apabila Awie telah mengadakan satu konsert untuk program Kelantan International Bike Week 2017 di Stadium Sultan Muhammad IV yang turut dihadiri oleh orang ramai hampir 10,000 orang.

Komen balas Mira Filzah terhadap Pecetus Ummah Rahmat

Isnin, 16 Mei 2016

Telah menjadi viral satu nukilan dari Pencetus Ummah Rahmat yang mengirim surat dan telah menggunakan nama Mira Filzah.

Ini pula reaksi dari Mira Filzah atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman. Baginya itu bukanlah surat cinta untuk memikatnya lapor Media Hiburan.

Jom baca komen Mira Filzah:

“Sebenarnya surat terbuka PU Rahmat itu tidak dihantar kepada saya secara langsung. Saya mendapat tahu apabila surat terbuka itu mula tersebar luas di laman sosial.

“Saya rasa itu bukanlah cara luahan cinta PU Rahmat kepada saya. Sebenarnya tujuan PU Rahmat adalah untuk mewar-warkan ataupun mengajak orang ramai bagi membantu kebajikan di Syria, tapi cara dia menggunakan nama saya mungkin dengan cara itu orang akan lebih tertarik untun baca dan share.

Bukan tujuan untuk memikat, surat itu adalah bertujuan untuk sama-sama membantu ke arah kebajikan.

“Perasaan saya sebenarnya bila baca balik, surat itu lebih kepada mengajak orang ramai untuk membuat kebajikan di negara Syria.

Jika saya diberikan peluang dan kesempatan untuk terlibat sama seperti yang dinyatakan dalam surat berkenaan, saya memang mahu. Tapi saya masih di bawah tanggungjajwab ibu dan bapa, masih lagi muda, tambah lagi saya ini perempuan. Jadi pergerakkan agak terbatas.

Apa yang saya boleh lakukan sekarang ini antaranya seperti menderma dan buat kebajikan lain di sini,”.

Beli vape RM45k mampu, nafkah anak tak mampu?

Isnin, 19 Oktober 2015

Pasti korang sangka ini kes Rita Rudaini dan Aidil Zafuan kan. Bukanlah, ini cerita mengenai Dato' Ac Mizal dengan bekas isterinya dahulu.

Berikutan dengan pembidaan sebuah alat rokok elektronik vape sehingga mencecah RM45,000 oleh Dato' Ac Mizal pada satu majlis amal VapeFaest 2015 yang berlangsung baru-baru ini, hasil jualan akan disumbangkan.

Neelofa derma RM10,000 untuk...

Jumaat, 25 September 2015

Neelofa memetik laporan HarianMetro semalam di mana dia telah menderma sebanyak RM10,000 untuk membantuk dalam pembinaan rumah sepasang suami isteri yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu.

Rumah yang bakal dibina itu terletak di Pasir Mas Kelantan. Ianya tergendala kerana masalah kewangan dengan pendapatan mereka hanya RM45 sehari.

Selain itu juga Neelofa menyalurkan sumbangannya menerusi badan NGO Pertubuhan Kebajikan Pergerakan Adil yang membantu golongan miskin termasuk mangsa banjir yang melanda Kelantan tahun lalu.

Fazura selfie dengan anjing berniat baik...

Selasa, 2 Jun 2015


Gambar Fazura Selfie Dengan Anjing
Agak mengejutkan apabila Nur Fazura telah memuatnaik gambar dia bersama seekor anjing berselfie. Anjing itu diberi nama 'kuning' dengan caption bertulis:

“Our superhero “Kuning” who love his friends and everyone he met. An example to many humans. Love more, hate less :) #WeLoveKuning #FurryFriendsFarm”.

Sebelum itu, Fazura menghadiri satu majlis kutipan dana untuk badan kebajikan haiwan, Furry Friends Farm. Dan ini menjelaskan foto berselfie dengan anjing berkenaan mempunyai tujuan dan maksud yang baik

Mesej yang cuba disampaikan Fazura cukup jelas iaitu nilai kemanusiaan serta kasih sayang yang perlu diberikan sama rata kepada semua makhluk ciptaan Tuhan.

Peminat beri RM400 kepada Keith Foo untuk..

Jumaat, 28 November 2014

Baru-baru ini ada satu program bersama selebriti popular dengan peminat dijalankan. Program amal 1MKL Saturday Charity Car Wash anjuran Menara Kuala Lumpur dan majalah URTV dengan kerjasama Wira Aeroback Performance CLub (WAPC) telah mengadakan sesi cuci kereta RM15 di perkarangan Menara Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Hasil rogram ini dijalankan adalah untuk disumbangakn kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia.

Bukan orang biasa yang pergi cuci kereta anda, tapi artis popular tempatan. Artis yang hadir adalah Keith Foo Izzue Islam, Miera Lyana, Aweera, Izreen Azminda, sherry Ibrahim, Nur Risteena, Zoey Rahman, Julia Ziegler dan pasangan duo ZiaBella.

Yang paling seronok sekali ada Keith Foo, dimana ada peminatnya yang sanggup bayar RM400 kepadanya.. -gambar Utusan

Zain Saidin simbah ais ke Nabil Ahmad!

Khamis, 28 Ogos 2014

Aksi yang penuh dramatik ni bukanlah pergaduhan diantara Nabil Ahmad dengan Zain Saidin tapi mereka telah buat satu program untuk Ice Bucket Challenge bersempena rancanagan Meletop.

Kalau korang nak tahu Ice Bucket Challenge ni adalah satu program untuk support penyakit ALS iaitu penyakit berkaitan saraf. Bila kita 'dimandikan' dgn ais, kalau kita sejuk, maknanya saraf kita berfungsi dgn baik. orang2 yang buat Ice Bucket Challenge ni tak sepatutnya buat untuk suka-suka, tapi ni acara amal, buat sambil menderma.

Johan Raja Lawak tolak bayaran murah untuk majlis amal!

Khamis, 14 Ogos 2014

Memang bunyi agak tidak sedap untuk didengar memandangkan reputasi dan populariti Johan kini semakin kemuncak dengan bayaran yang setimpal dengan persembahannya jika dijemput untuk apa jua persembahan termasuk majlis amal.

Johan akui mempunyai harga tersendiri kepada sesiapa yang mahu menyewa perkhidmatannya di dalam sesebuah majlis. Kemungkinan perlu bayaran yang tinggi.

Namun Johan juga mempunyai cara sendiri untuk beramal.
"Ramai pihak yang panggil untuk saya buat persembahan amal dengan bayaran sagu hati dengan alasan ia adalah untuk majlis amal.

"Kalau mereka mahu buat amal, mereka perlu bayar dengan harga saya untuk persembahan itu,"

"Banyak cara untuk kita beramal selain menyertai majlis amal. Sejak saya mula bekerja lagi saya sudah amalkan perkara ini kerana bagi saya kalau kita ingin murah rezeki, kita perlu jadi pemurah dahulu.

"Saya ada menjaga anak yatim yang mana saya sediakan keperluan mereka, malah setiap waktu terluang kami sekeluarga akan pergi ke rumah kebajikan orang tua atau anak yatim untuk menziarah dan memberi sumbangan yang termampu," -Johan, petikan mStar

Panas! Nazrey Johari menyanyi nasyid di kaki jalan.. (6 Gambar)

Jumaat, 11 Julai 2014

Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan usahanya untuk membina usat tahfiz di Ranau, Sabah.

Malah, tanpa rasa lelah atau malu, Ustaz Nazrey Johari kini dilihat menjelajah ke bazar Ramadan di seluruh negara untuk mengumpul dana bagi membina pusat tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di kampung kelahirannya itu.

Pusat tahfiz ini disasarkan untuk membantu golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Masih teringat lagi suara merdu Nazrey menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu ketika dulu.

Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di bazar Ramadan untuk mengutip derma pembiayaan pusat tahfiz itu.

Terkini Nazrey dilihat berada di pasar Ramadan di Kajang, Selangor. Kami juga ingin berkongsi dengan anda jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz ini. Ayuh kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini. Artikel & Foto Kredit: www.wanista.com

Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah
:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES : CIMB BANK 1230 0000 8331 09

( akaun BARU CIMB CIMB: 8600627302 )

Mawi, Ekin Turun Padang Bantu Orang Susah

Selasa, 10 Disember 2013

Baru-baru ini pasangan Mawi dan Ekin telah membuat satu kerja amal apabila mereka bersama-sama pergi membantu golongan gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur.

Memetik sumber MediaHiburan, kerja amal itu adalah bersempena 'Jelajah Uneqeuin' dengan memberi fokus golongan berkenaan di sekitar Jalan Chow Kita, Jalan Sultan dan Jalan Petaling yang bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
"Ruginya buat baik menunjuk2."
Namun ada sesetengah pihak/follower yang menyatakan mereka berdua ini menunjuk-nunjuk apabila gambar ini mula dimuatnaik. Persepsi orang memang begitu, cakap sahaja lebih, komen tahap dewa, buat tak nak pula.

Gambar Siti Nurhaliza di Tahajud Cinta

Sabtu, 6 April 2013

Ini adalah gambar Datuk Siti Nurhaliza ketika dia menghadiri majlis amal bersempena dengan Malam Amal Tahajud Cinta baru-baru ini. Macam cantik kan Siti. Menawan dan anggun gitue. :)



lagi gambar dari Ryaniez Moments Photography










Sharifah Aini derma RM25,000!

Ahad, 9 Mei 2010

Pada Rabu yang lalu (5/5), Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini (Kak Pah), 56, mengotakan janjinya apabila menyerahkan sumbangan wang RM25,000 kepada Yayasan Al-Ijabah yang menguruskan Rumah Ijabah Anak Yatim dan Al-Hafiz, Subang Jaya, Selangor. Wang sumbangan itu hasil daripada jualan mejanya pada persembahan Up, Close & Personal With Sharifah Aini di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, April lalu.

Majlis yang ringkas tetapi amat bermakna itu diadakan di Kompleks 3C, Subang Jaya yang menempatkan sekolah yayasan itu, Sekolah Rendah Sri Pintar Al-Amin dan Maahad Sains Al-Quran Al Amin. Sumbangan itu diserahkan terus kepada pengasas dan pemegang amanah yayasan itu, Ustaz Mohamad Abdullah Al-Amin.
"Biarlah penyerahan sumbangan itu diuruskan secepat yang boleh agar tidak timbul sebarang spekulasi. Saya mesti tunaikan janji saya yang dibuat sebelum mengadakan persembahan dan semuanya demi membantu golongan anak yatim dan pihak yang sangat memerlukan termasuk mereka yang belajar tahfiz secara persendirian di sini." kata Sharifah Aini. -hMetro