Pada:
Rabu, 30 Oktober 2013

Kisahnya bermula apabila Nabil pergi untuk bertanya mengenai harga kondo itu namun pihak pemaju sanggup memberikan satu lot rumah secara percuma jika dia bersedia menjadi duta kepada syarikat perumahan itu.
"Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan 'house hunting' dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.Kondominium tersebut masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2016.
"Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu," katanya.
Namun seorang forumer memberitahu yang Nabil tidak dapat secara percuma namun mendapat diskaun untuk pembelian rumah itu. Tidak dipastikan mana satu yang benar, kalau diskaun atau percuma sekali pun, rasanya Nabil memang insan yang beruntung juga kan. :)
Tag : Ahmad Nabil , Berita Artis , Duta Produk , Kuala Lumpur , Pelawak , Rumah Artis