Leina Hangat Kini Bertudung

Pada: Selasa, 17 September 2013
Difahamkan Leina Hangat kini sudeah bertudung dan mahu berubah kepada yang lebih baik. Ini ditambah usianya yang kini mencecah 40 tahun.

Memetik daripada portal mStar lagi, Leina tidak mahu melihat gambar lamanya (seksi) lagi. Leina sudah mula bertudung sejak bulan Ogos yang lalu dimana dia mendapatkan hidayah ketika rajin pergi ke kelas agama. :)
"Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik.

"Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala,

"Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat.

"Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan,\

"Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang.

"Tentang nama itu, biarlah orang panggil nama apa pun kerana bagi saya nama itu bukan satu masalah," katanya.

Tag : , , , , ,