Shila Amin Melecur di Muka, Tangan dan Kaki

Pada: Isnin, 26 Ogos 2013
Penyanyi era 90-an kalau tidak silap yang popular dengan lagu Aku Sudah Jatuh Cinta Da Di Du, Noorshila Amin semalam mendapat kecelakaan apabila dirinya disambar aoi berpunca dari sebuah tong gas yang bocor di rumah anak sulungnya dekat Kepong.

Memetik laporan mStar, Noorshila memberitahu yang badang sebelah kirinya dari wajah,tangan dan kaki kini melecur. Dan bergegas ke klinik Selayang untuk mendapatkan rawatan susulan.

"Ketika itu saya sibuk nak masak rendang bersempena dengan majlis rumah terbuka di rumah Admiena dan tidak sedar pula yang tong gas terbocor.

"Tiba-tiba sahaja ketika mahu mencapai barang masakan yang berdekatan dengan tong gas itu, api terus menyambar sehingga membuatkan muka dan badan saya melecur,

"Kalau nak ikutkan memang rasa sakit sangat terutama pada bahagian bibir dan wajah yang semakin tegang gara-gara melecur. Malah kening saya pun dah tidak ada.

"Apa-apapun saya menunggu wajah ini sembuh dahulu sebelum mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan saya yang merupakan seorang pakar kecantikan," -Nooshilla

Tag : , , , ,