Pada:
Rabu, 22 Mei 2013
Namun dikhabarkan melalui portal GUA semalam, Fizo mengakui dia sudah putus cinta sejak dua bulan yang lalu. Tak pe, orang kacak, mesti ramai lagi wanita yang menantikan kehadiran mu. Hehe
Ya, benar saya sudah putus cinta. Kami sudah putus sejak dua bulan lepas dan hanya sempat bercinta selama dua bulan sahaja,”
“Saya bukan tak mahu bercerita apatah lagi merahsiakan perkara ini tapi sekarang saya sibuk dengan penggambaran filem dan banyak perkara lagi. Mungkin ada pihak yang akan mengata kononnya dulu bukan main saya nak menjaja kisah cinta tapi bila putus cinta nak berahsia. Namun saya ingin tegaskan di sini, dari awal lagi saya memang tak berani nak komen lebih-lebih mengenai hubungan ini, sebab masih terlalu awal.
"Ikutkan hati, saya memang tak mahu menjaja kisah cinta sebab saya tahu, kenal setahun pun belum tentu kekal. Saya juga tak nak bercerita sebab hubungan ini tak kukuh lagi dan takut tak kekal. Namun sebab dah terkantoi dengan wartawan, jadi saya kena juga bercerita supaya bila orang jumpa saya di mana-mana, mereka tahu itu kekasih saya. Apapun, nak buat macam mana, dah tak ada jodoh antara kami.”
Tag : Fizow Omar , Gossip Artis , Hari Kekasih , Lim Kok Wing , Pelakon , Putus Cinta


