Kereta Fairlady Pemenang ABPBH 2012 di Curi

Pada: Jumaat, 12 April 2013
Hai apalah nasib pemenang Bintang Popular ABPBH 2012, Shaheizy Sam yang dikhabarkan hadiah utama kereta Nissan 370z yang berharga RM350,000 itu lesap atau hilang beberapa hari yang lalu.

Mengikut laporan Kosmo! kereta yang berwarna hitam itu telah dibawa lari oleh seorang lelaki berkejaya ejen dengan mengambil kesempatan akibat ternampak kunci kereta itu di dalam kereta berkenaan.

Bagaimana pun kereta mewah itu berjaya ditemui di Johor, Taman Skudai semalam jam 1 pagi. Namun suspek terlepas.

Tag : , , , , , ,