Pada:
Khamis, 14 Mac 2013
Ini juga menunjukkan Zizan mempunyai target kahwin dengan usianya yang ke-30 tahun hadapan. Namun sekarang masih lagi mencari-cari gadis pilihan hati, dan anda mungkin salah seorang yang dikehendaki Zizan, admin syorkan bagus buat program mencari jodoh bersama Zizan. Hehe.
2 Juta fan page, takkan takde yang berkenan kot.
"Saya tahu diusia sekarang, sudah ramai rakan-rakan saya yang berkahwin dan mempunyai anak termasuk Nabil Raja Lawak yang baru menimang cahaya mata.
"Apabila melihat mereka dengan keluarga, rasa seronok dan teringin pula nak ada keluarga sendiri.
"Nabil pun saya lihat bahagia dah sekarang dengan cahaya pertamanya.
"Jadi rasanya, bila usia saya sudah mencecah 30 tahun nanti saya sudah bersedia untuk berkahwin dan berkeluarga.
"Terus-terang sekarang ini, saya masih lagi 'single' dan tidak mempunyai kekasih.
"Malah saya sedang mencari dan mengambil peluang untuk mengenali mana-mana wanita," -Zizan
Tag : Berita Artis , Jodoh , Kekasih Artis , Pelawak , Zizan Raja Lawak


