ND Lala Berang Dengan Sharnaaz

Pada: Sabtu, 2 Februari 2013
Ayahanda kepada Shila Amzah iaitu ND Lala semalam berasa kurang senang dengan kekasih anaknya itu, Sharnaaz Ahmad yang disifatkan sangat terbuka mengenai isu hubungan cinta dengan anaknya.

Akhbar HarianMetro semalam menyatakan yang Sharnaaz seolah-olah mengenepikan dirinya dan isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila. Akibat daripada tindakan Sharnaaz yang nekad mahu merisik Shila pada bulan Mac ini.

Namun ND Lala sebagai ayah tidak menolak jodoh anaknya dengan sesiapa. ND Lala rasanya seperti kesal dengan tindakan Sharnaaz itu.
"Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.

"Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,

"Sharnaaz mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu,

"Saya tidak pernah lagi berbincang dengan keluarga Sharnaaz atau menyentuh apa-apa perkara berkaitan pertunangan atau perkahwinan kerana saya mahu Shila memberi fokus utama kepada kariernya terlebih dahulu.

"Pesanan saya pada Sharnaaz, ibu bapa Shila masih hidup dan kita ada adat dan agama, jadi jangan nak memandai-mandai.

"Kenyataan Sharnaaz itu telah menyebabkan saya dihujani pelbagai soalan oleh rakan dan peminat. Mulanya saya mengambil sikap mendiamkan diri tetapi kemudiannya banyak pula kenyataan liar dikeluarkan media dan Internet.

"Sikap keterlaluan dia itu benar-benar telah menjejaskan nama baik keluarga saya dan perjalanan seni Shila. Tolonglah jangan biadap, hormati kami sebagai ibu bapanya. Perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main,".

Tag : , , , , , ,