Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar Hari Raya Shila Amzah (7 gambar)

Rabu, 13 Julai 2016


Jejaka misteri yang bersama Shila Amzah...

Jumaat, 27 Mac 2015

Siapa kah jejaka yang memandu di sebelah Shila Amzah yang di 'blur' kan wajahnya dengan memandu kereta mewah, Porsche. Bahkan Shila juga membuat status yang agak mengejutkan.

Namun setelah diteliti, jejaka itu adalah ayahnya sendiri, Nd Lala. Kuikui..

perkembangan terkini Shila Amzah...

Khamis, 13 November 2014

Apa perkembangan Shila Amzah buat masa ini setelah diboikot oleh media-media tempatan gara-gara konsert yang tidak mendapat liputan media tempatan dan ditambah kecaman oleh ayahanya sendiri terhadap media.

Pastinya korang nak tahu juga kan. Dengarnya Shila kini sedang berusaha dan kuat untuk menghadapi ujian seperti ini dan mengakui ada peminat yang masih mendukungnya (instagram).
“Shila ambil dari sudut positif yang Shila kini semakin kuat dalam mengharungi kerjaya dan percaya yang para peminat masih setia bersama menyokong,” -Shila

Dia bukan tahu pun hutang bapa dia.. - Den Wahab

Jumaat, 3 Oktober 2014

Kemelut percakaran fakta oleh ND Lala dengan Shila Amzah terhadap Den Wahab mengenai hutang ND Lala yang didakwa belum dijelaskan makin parah.

Tiada kata sepakat atau perbincangan untuk mendamaikannya. Sindiran dari Shila juga melalui laman sosial membuatkan Den Wahab menjadi lebih cool bukan sebaliknya gabrah.

(atas) Keratan akhbar tahun 2012 yang lalu..

Panas! Shila Amzah sindir Den Wahab

Rabu, 1 Oktober 2014

Tak tahulah, adakah benar Shila Amzah kini ego dan sombong dengan pencapaiannya sehinggakan ramai yang menasihatinya di laman sosial tidak diendahkan. Kenapa hanya meminta maaf kepada media Melayu (sebangsanya sendiri) menjadi susah? perkataan itu hanya simple tapi besar maknanya dan membawa hikmah. Tapi sebaliknya untuk Shila.

Isu lain pula mengenai hutang ayahnya, ND LALA dengan Den Wahab beberapa tahun yang lalu. Namun menurut portal Murai, Shila Amzah pula yang menyibuk dan membela ayahnya itu, dengarnya juga Shila pergi menegur Den Wahab di laman sosial miliknya.

Masa kecil-kecil juga, Shila selalu main ke rumah Den Wahab seperti saudara maranya sendiri. Ntah kenapa kini Shila menghantam dan menyindir 'pak cik' nya itu semata-mata mahu membela urusan ayahnya.

"Kalau tak mengaku jugak, memang spesis kacang lupakan kulit betullah," - luahan selebriti yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Shila
Tu lah kalau dah popular/kaya raya dengan tidak merendah diri inilah akibatnya. Makin ramai orang meluat dari menyokongnya, tidak menerima nasihat orang ramai.

Difahamkan Media-media Melayu kini sudah mula memboikot dua beranak ini. Harap-harap satu masa nanti, drama ini akan berakhir dengan penuh kebaikkan.

Majlis 'Pelancaran iPhong 7' oleh Shila, ND Lala

Jumaat, 26 September 2014

Baru-baru ini dua beranak tampil membuat kenyataan media mengenai kemelut yang melanda mereka berdua, Shila Amzah dengan ayahnya, ND Lala berhubung isu media Melayu dan hutang Den Wahab. Agak pelik pada mulanya sidang media ini, kerana terdapat slide untuk dibentangkan selain daripada mikrofon yang wajib ada.

Sudah diketahui yang sidang media itu gagal sepenuhnya kerana Shila dan ND Lala sepertinya menghentam serangan pribadi kepada sesetengah wartawan hiburan. Sepertinya tiada nada-nada yang Shila dan ayahnya itu meminta maaf, namun dengan prinsip yang tinggi menyarankan agar wartawan mematuhi etika kewartawanan.

ND Lala juga menyediakan slide yang tertera kronologi beberapa bukti, anaknya itu difitnah oleh segelintir wartawan. Ini menimbulkan lagi rasa tidak senang wartawan yang hadir, walhal ramai media melayu yang tidak menghadiri 'pelancaran' ini, sebagai bukti awal, mereka sudah muak dan memboikot dua beranak ini.

Disamping itu, ND Lala juga turut mencabar Den Wahab agar membawa kes hutangnya itu ke mahkamah jika benar seperti yang didakwannya. 

'Aku tak halalkan hutang kau ND Lala' - Den Wahab

Rabu, 24 September 2014

Agak mengejutkan apabila pengakuan Den Wahab berhubung hutang yang dipinjam oleh ND Lala sebanyak RM15,000 tidak pulangkan semula setelah 14 tahun yang lalu bersempena merakamkan lagu untuk sebuah parti politik.

Kalau diperkirakan ND Lala merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dalam dunia MLM.

Dalam hal yang sama, Den tidak menghalalkan duit berkenaan, dan percaya kehidupan ND Lala kini tidak diberkati.

ND Lala akan mengulas isu Shila Amzah

Jumaat, 19 September 2014

Sikap Shila Amzah yang mengecam media Melayu baru-baru ini mendapat perhatian ayahnya, ND Lala. Memetik laporan HarianMetro, ND dan perngurusannya belum lagi memberikan penjelasan secara terperinci mengenai hal berkenaan.

Dengan alasan waktunya tidak tepat dan kurang sesuai jika diberitahu sekarang. Apa lah susah sangat nak ucap minta maaf. Kan senang tu.
“Waktu kurang sesuai. Kami tengah fokus dengan rakaman album Mandarin Shila di Beijing (Isnin lalu terbang). Saya tengah cari tarikh terdekat untuk balik Malaysia dan memenuhi permintaan rakan media untuk mendapat maklum balas kami. Jumpa nanti.” -ND Lala

Gambar Raya Shila Amzah 2014 (9 Gambar)

Isnin, 4 Ogos 2014

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Shila Amzah dengan ahli keluarganya.

Shila Amzah, Johan Asari Bercinta?

Khamis, 29 Ogos 2013

Terbaru dikhabarkan yang Shila Amzah kini mempunyai hubungan cinta dengan pelakon drama/filem Juvana, Johan Asari.

Memetik daripada sumber portal metrowealthpictures, ayah Shila, ND Lala tidak menafikan hak dan siapa sahaja pasanga Shila selepas ini.

Kiranya ND merestui jika Shila bercinta lagi.

Gambar Shila Amzah Pelancaran Album Baru

Isnin, 8 Julai 2013

Baru-baru ini berlangsung majlis perasmian album terbaru dari Shila Amzah. Album terbaru ini diterbitkan oleh syarikat ayahnya sendiri, ND Lala, Shila Amzah Entertainment Berhad yang baru berusia setahun.

Album baru ini kemungkinan akan berada dipasaran bulan Ramadan ini. Jadi kepada peminat setia Shila, jangan dok follow kat Twitter dan Instagram jew, sikit-sikit support beli album Shila ni ok.

antara lagu yang ada adalah Sedar, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Tulus, Maaf, Patah Seribu dan Xia Yi Bu (Patah Seribu versi Mandarin). -gambar Budiey

Gambar Keluarga, Shila Amzah di Makkah

Isnin, 25 Mac 2013

Syukur Alhamdulillah, Shila Amzah sudah selamat menunaikan umrah di Tanah Suci Kota Makkah baharu-baharu ini. Dia sempat berkongsi beberapa gambar dalam laman sosialnya untuk peminat-peminatnya.

Turut kelihatan Nd Lala serta ahli keluarga kandungnya sendiri. Semoga damai dan tenang hati mu Shila. Kembali ke Malaysia dengan fresh dan 'chapter' baharu.

Saya Sudah Malas! -Sharnaaz

Jumaat, 8 Februari 2013

Baru-baru ini, Shila Amzah telah mengeluarkan surat yang mengomen mengenai kekasihnya, Sharnaaz dan juga ayahnya, Nd Lala mengenai apa yang terjadi.

Namun kali ini, memetik portal mStar, Sharnaaz sendiri mengomen mengenai surat yang dipersembahkan oleh Shila kepada media itu baru-baru ini. Sharnaaz difahamkan telah jauh hati dengan Shila akibat tindakan Shila itu.

Antara lainnya, Sharnaaz menganggap tindakan Shila itu seperti tidak telus dan keanak-anakan. Dan mensyorkan agar Shila berjumpa dengan Sharnaaz bagi membincangkan masalah yang telah melanda bukan dengan cara mengutus surat dengan menghebahkan kepada seluruh dunia.

Malah keadaan semakin keruh, Nd Lala difahamkan enggan mahu berkomunikasi dengan Sharnaaz. Persoalannya, acara merisik Mac ini jadi ke tak ek?
“Saya sudah malas nak komen sebenarnya. Pada saya, kenyataan sebegitu (surat) adalah tidak telus dan macam budak-budak.

“Kenapa tidak bersemuka dan duduk berbincang? Saya sudah malas nak ambil pusing mengenai dia, terpulanglah (pada keadaan),

“Sampai bila dia (Shila) nak dikawal begitu? Hak bersuara dan berfikir adalah hak dia, bukan hak ibu bapanya,” -Sharnaaz

Shila Amzah Komen Isu Sharnaaz dan Ayahnya

Khamis, 7 Februari 2013

Isu diantara Sharnaaz dengan ayah kepada Shila Amzah, Nd Lala yang semua orang tahu mereka berdua kini dingin dengan egois masing-masing. Malah kenyataan pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh Sharnaaz dan Nd Lala sendiri.

Dan masing-masing sepertinya menyalahkan pihak lain, tiada kesepakatan atau pertemuan dibuat bagi mencari jalan membetulkan suasana. Namun yang menjadi himpitan kepada isu itu adalah Shila Amzah sendiri. Shila semenjak isu itu berlaku, dia sepertinya sukar ditemui oleh media ataupu  wartawan untuk bertanyakan soal apa yang terjadi.

Namun mengikut sumber rasmi, Shila telah menghantar sepucuk E-mail untuk menjelaskan apa yang berlaku ketika ini.
    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila. Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama Shila berdiam diri.

    Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila. Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

    Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan shila dengan baik selama hari ini.Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya. Dia tidak sepenuhnya bersalah. Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua “damage” yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.

    Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya. Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk shila maka jauhkan lah.

    Jodoh, pertemuan, Ajal dan maut di tangan Allah SWT.Shila berdoa agar semua berdamai.Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku. Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati .Demi Allah Shila sangat sayangkan anda semua.

ND Lala Berang Dengan Sharnaaz

Sabtu, 2 Februari 2013

Ayahanda kepada Shila Amzah iaitu ND Lala semalam berasa kurang senang dengan kekasih anaknya itu, Sharnaaz Ahmad yang disifatkan sangat terbuka mengenai isu hubungan cinta dengan anaknya.

Akhbar HarianMetro semalam menyatakan yang Sharnaaz seolah-olah mengenepikan dirinya dan isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila. Akibat daripada tindakan Sharnaaz yang nekad mahu merisik Shila pada bulan Mac ini.

Namun ND Lala sebagai ayah tidak menolak jodoh anaknya dengan sesiapa. ND Lala rasanya seperti kesal dengan tindakan Sharnaaz itu.
"Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.

"Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,

"Sharnaaz mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu,

"Saya tidak pernah lagi berbincang dengan keluarga Sharnaaz atau menyentuh apa-apa perkara berkaitan pertunangan atau perkahwinan kerana saya mahu Shila memberi fokus utama kepada kariernya terlebih dahulu.

"Pesanan saya pada Sharnaaz, ibu bapa Shila masih hidup dan kita ada adat dan agama, jadi jangan nak memandai-mandai.

"Kenyataan Sharnaaz itu telah menyebabkan saya dihujani pelbagai soalan oleh rakan dan peminat. Mulanya saya mengambil sikap mendiamkan diri tetapi kemudiannya banyak pula kenyataan liar dikeluarkan media dan Internet.

"Sikap keterlaluan dia itu benar-benar telah menjejaskan nama baik keluarga saya dan perjalanan seni Shila. Tolonglah jangan biadap, hormati kami sebagai ibu bapanya. Perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main,".

Gamabr Shila Amzah Bertudung

Isnin, 30 Julai 2012

Shila Amzah atau lebih dikenali dengan nama Shila OIAM dikatakan sudah bertudung. Gambarnya bertudung sudah pon tersebar di internet. Wallahualam samada ini perubahan yang terus atau hanya di bulan suci Ramadan sahaja. Kita harapkan ianya berterusan. Biasalah mungkin kekasihnya, Sharnaaz yang mampu membimbing Shila untuk dijadikan bakal isteri solehah, mana tahu kan. :)

gambar forum Cari Gossip

ND Lala berhutang RM15,000 denagn Denn Wahab

Isnin, 14 Mei 2012

Jarang lihat disebalik perbalahan diantara artis-artis vateren ni, selalunya artis-artis muda je kan. Kali ni episod Den Wahab dengan ayah kepada Shila, ND Lala. Kata Den, ND Lala ada hutang sehingga RM15,000 yang masih belum dilunaskan walaupun menyedari ND Lala kini dah kaya raya. Memang tidak dinafikan yang ND Lala kini seorang jutawan MLM, namun malangnya, reputasi itu sudah tercalar dengan terbitnya artikel ini, benar atau tidak ND Lala berhutang sedemikian, hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

Kereta mewah ND Lala pecah, disamun!

Sabtu, 10 Disember 2011

Penyanyi dan pelakon yang juga usahawan e-dagang, ND Lala, kerugian hampir RM4,000 apabila disamun sekumpulan 15 remaja lelaki yang menaiki 10 motosikal di stesen minyak Petronas di Jalan Genting Klang, berhampiran Danau Kota, awal pagi semalam.

Ketika kejadian jam 3.30 pagi itu, ND Lala dalam perjalanan pulang dari pejabatnya di Danau Kota ke Cheras dan berhenti di stesen minyak untuk ke tandas.

“Apabila kembali ke kereta dan sedang membaca khidmat pesanan ringkas (SMS), saya lihat sekumpulan lelaki menaiki sedang berkumpul di jalan besar sebelum mereka tiba-tiba membuat pusingan U dan menuju ke arah kereta saya.

“Mereka menggunakan topi keledar mengetuk cermin sisi penumpang sebelah pemandu hingga retak dan meminta saya menyerahkan wang, telefon bimbit dan beg duit serta mengugut ingin membunuh saya.

“Selepas mengambil semua barangan itu, mereka melarikan diri apabila sebuah lori yang membawa bekalan minyak masuk ke dalam stesen petrol berkenaan,”
ND Lala yang bersyukur kerana tidak dicederakan oleh kumpulan remaja bermotosikal itu, kemudiana membuat laporan polis di Balai Polis Setapak. -Via

ND Lala pergi umrah, Shila hantar ke airport

Selasa, 15 Mac 2011

Khabar berita baik ini disampaikan sendiri oleh Shila OIAM menerusi laman Facebook miliknya. Shila dan juga adik beradiknya telah menghantar ayahanda tercinta yang juga seorang penyanyi, ND Lala ke KLIA untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan umrah beberapa hari yang lalu. Shila pun kelihatan bertudung ke KLIA, tudung seperti tudung yang dipakai Yuna pula. Dengar-dengar Shila ni diantara remaja yang berjaya dalam kerjayanya di Malaysia, betul ke?

Kekasih Shila, Hanafi atau Hafiz?

Ahad, 29 November 2009

Anak dara kepada penyanyi, ND Lala, Shila yang berusia 19 tahun kini makin mula matang mecari teman hidup. Di antara yang dikatakan berminat, Hanafi, gitaris utama Estranged dan Hafiz, perantara riang 'School Attack'. Bila ditanya tentang kesahihan cerita yang diterima, Shila hanya tergelak besar.

"Ayat kelakar lah. Shila berkawan dengan ramai orang dan antaranya, Hanafi dan Hafiz. Mereka berdua kawan baik Shila. Hanafi selalu bagi Shila 'tips' bermain gitar. Kita berkongsi minat yang sama dalam muzik, contohnya, kami berdua peminat besar Paramore. Kita selalu bercakap pasal muzik, tak timbul langsung cerita 'I like you'. Kami pun tak pernah keluar sama. Sebenarnya, Shila rapat dengan semua ahli Estranged."
Dan Hafiz, yang dilihat GUA ada menghadiri pelancaran album sulung Shila beberapa bulan lepas?

"Hafiz seorang teman baik. Shila kenal dia bila adik Shila sertai 'Idola Kecil'. Tapi dia lebih rapat dengan adik Shila dari Shila. Bila dia dan adik keluar, Shila dan mama pun ikut sama. Mungkin sebab itu orang kaitkan dia dengan Shila. Takkan nak gosipkan dia dengan adik Shila. Pernah sebelum ini ada yang bertanya jika dia berminat pada Shila tapi dengan memek mukanya, dia kata tak berminat," ujar Shila tersenyum.