Risik Mac 2013, Kahwin 2014 -Sharnaaz

Pada: Jumaat, 18 Januari 2013
Wah dah ada perancangan awal nampaknya Sharnaaz untuk menjadikan Shila sebagai isteri yang sah. Perancangan ini melibatkan aktiviti merisik yang dijadualkan pada bulan Mac 2013 nanti dan akan berkahwin pada 2014 hari dan bulan belum lagi ditetapkan.

Baguslah seperti ini, makin cepat makin bagus, boleh menimbulkan fitnah. Sebagai golongan selebriti yang mempunyai ramai peminat dan pengaruh.

“Insya-Allah, dalam bulan Mac, saya akan hantar rombongan merisik. Buat masa ini, saya dan Shila memang sibuk.

“Namun, kalau nak ikutkan jadual, memang tak pernah kosong. Jadi, saya perlu selitkan sedikit ruang untuk keluarga berkenalan dengan bakal isteri saya.

“Kami pernah berbincang sebelum ini untuk mendirikan rumah tangga pada 2014, namun tarikhnya belum ditetapkan. Saya harap rombongan saya diterima keluarga Shila,” ujar.  -Sinar Harian Online.

Tag : , , , , ,