Tahniah, Nabil Dapat Anak Perempuan

Pada: Isnin, 26 November 2012
Tahniah kepada pelawak, Nabil kerana isterinya Nazirah telah melahirkan anak perempuan pada hari Ahad pagi semalam.

Kelahiran bayi berkenaan dikatakan awal daripada jangkaan sebenar yang dijadualkan pertengahan Disember,

Anak Nabil itu selamat dilahirkan pada pukul 8.40 pagi menerusi pembedahan Caesarean di sebuah klinik di Shah Alam, selepas isterinya mengadu kesakitan pada sekitar pukul 3 pagi Ahad.
“Saya bersyukur dan gembira kerana semuanya selamat dan terkawal. Namun, saya juga berasa gementar dan berdebar untuk bergelar bapa.

“InsyaAllah, saya akan menyesuaikan diri secara perlahan-lahan. Yang penting, isteri dan bayi berada dalam keadaan selamat dan sihat,

“Kami belum ada pilihan nama untuk anak ini lagi kerana tidak sangka kelahiran berlaku terlalu awal. Kalau ikutkan, kami memang buat persiapan untuk bulan depan.

“Kalau hendak tahu, saya dan isteri baru sahaja membeli buku panduan nama-nama Islam ketika kami keluar bersama pada malam tadi (malam Sabtu).

“Belum sempat pun saya selak nama-nama yang sesuai, anak sudah lahir. Tunggulah sehari dua lagi baru saya akan berikan nama,” kata Nabil.

Tag : , , , , ,