Pada:
Khamis, 1 November 2012

Isu ini timbul kerana dia sering kali menyertai mana-mana majlis anjuran parti berkenaan.
Namun Man yang lebih suka bersenyum daripada marahnya lebih bersifat positif dan terbuka atas tuduhan yang dilemparkan.
Man menyangkal dan menafikan dirinya sudah masuk ke dalam parti PAS, kehadirannya hanya sekadar memeriahkan majlis dan mencari rezeki.
Dan ini komentar Man yang dipetik melalui portal Murai semalam.
"Selebriti juga manusia dan rakyat Malaysia. Jadi, golongan ini juga ada tanggungjawab untuk melaksanakan tugasan sebagai rakyat tempatan. Untuk itu, tiada logiknya pihak berkenaan menuduh saya menyertai parti PAS hanya dengan penglibatan saya dalam program anjuran parti berkenaan.
"Saya tidak menyertai parti berkenaan seperti yang didakwa. Penglibatan saya dalam program tersebut bagi membuktikan bahawa negara kita memberikan kebebasan kepada rakyat untuk bekerja di mana-mana.
"Saya hanya mencari rezeki yang halal. Sedikit pun saya tidak nampak kesalahan saya dengan menjadi pengacara dalam program berkenaan. Saya ditugaskan untuk menjadi pengacara dan dalam masa yang sama, saya kena melawak untuk menceriakan majlis tersebut," kata Man.
Tag : Berita Artis , Ceramah , Man Raja Lawak , Pekerjaan , Politik