Pada:
Isnin, 12 November 2012
Anne akui yang lelaki berusia 40 tahun itu ikhlas mahu menyunting Anne sebagai isteri yang sah kelak. Dan kini mereka dalam proses untuk bertunang.
Acara pertunangan mereka dilakukan pada petang semalam mengikut laporan mStar dimana majlis yang sederhana itu dihadiri lebih kurang 200 tetamu.
Namun paling duka, identiti tunang Anne dirahsiakan sehinggala perkahwinan mereka yang dijadualkan pada Disember nanti.
"Sebenarnya dia merupakan kawan saya dan Darling (kakak Anne) sejak setahun lalu tetapi ia tidak lebih daripada sahabat sahaja.
"Entah kenapa, selepas putus (dengan Aliff), kami lebih rapat sejak sebulan yang lalu dan apabila dia melamar, saya terima dia lebih-lebih lagi melihat kesungguhan dan keikhlasannya. Mungkin kami saling menepati antara satu sama lain.
"Saya pun tidak pernah menolak jodoh dan menganggap Aliff mungkin bukan jodoh saya. Diharap, tiada yang memberi persepsi negatif dengan perhubungan baru ini walaupun kehadirannya dalam hidup saya datang terlalu cepat,
"Selama ini orang sering menghentam saya macam-macam dan kali ini saya mahu lebih berhati-hati dan biarlah identiti tunang saya diketahui pada hari perkahwinan nanti.
"Perjalanan hidup ini adalah takdir buat diri sendiri dan diharap saya mendapat doa yang baik-baik daripada semua," ujarnya Anne.
Tag : ahli politik , Anne Ngasri , Artis Janda , Berita Artis , Pertunangan

.jpg)

