Yunalis Zarai - Ikon Seni Malaysia

Pada: Isnin, 3 September 2012
Siapa menyangka nama Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai kini lebih dikenali di persada dunia antarabangsa dan ini sekaligus dia dianugerahkan sebagai Ikon Seni Malaysia Merdeka 55 (Ikon Seni Budaya Negara) bersempena Hari Kemerdekaan, Himpunan Janji Ditepati yang ke-55 oleh Datuk Seri Najib Razak di Stadium Bukit Jalil pada 31 Ogos yang lalu.

Itulah satu penghargaan yang terbaru yang mula diilhamkan oleh Datuk Seri Najib untuk mereka yang mempunyai bakat besar dan mengharumkan nama negara. Selain Yuna adalah Ratu terjun negara Pandelela Rinong. Yuna yang seperti sedia maklum kini tengah menapak di Amerika Syarikat sebagai artis Malaysia muda pertama yang bakal menjadi salah satu selebriti Hollywood.
"Saya ingin berpesan kepada remaja di luar sana kalau anda ada bakat, kemahiran dan cita-cita, teruskan dan fokus serta bekerja keras dan sentiasa berhubung dengan kedua ibu bapa, agama dan Allah. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar," katanya. Yuna berkata erti kemerdekaan baginya ialah bersyukur dengan nikmat keamanan negara yang dikecapi sejak 55 tahun lepas. -sumber arnamee.blogspot.com

Tag : , , , , , , , ,