Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Inilah dia anak sulung mendiang Paul Walker (5 gambar)

Isnin, 17 April 2017


Berita bintang Fast & Furious, Paul Walker terbabit kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya pada November, 2013 yang lepas betul-betul mengejutkan peminat di seluruh dunia.

Pemergian Paul Walker memberi impak yang besar pada industri perfileman terutamanya, filem-filem yang pernah dibintangi beliau iaitu Fast & Furious 1,2,4,5 dan 6. Pemergian beliau juga telah meninggalkan seorang anak perempuan, Meadow Walker.

Meadow Walker yang sebelum ini dikhabarkan sangat terkesan selepas pemergian bapanya secara mengejut kini kembali tampil dengan wajah yang baru dan ceria, seolah-olah Meadow akhirnya telah redha dengan apa yang telah berlaku.

Gadis berusia 18 tahun ini kini tinggal bersama ibu kandungnya, Rebbeca Soteros dan membesar menjadi seorang gadis yang kelihatan matang dan sangat cantik. Jika Walker masih hidup, pasti dia berbangga memiliki anak secantik Meadow.

Meadow merupakan satu-satunya pewaris harta kekayaan milik Paul Walker iaitu aset bernilai 25 juta USD. -taikotai.tv

Yuna dipeluk Anderson, wow! (video)

Jumaat, 16 Disember 2016

Kejadian ini berlaku ketika Yuna menghadiri Soul Train Music Awards di Las Vegas baru-baru ini. Didalam video berkenaan, Yuna nampaknya sedang ditemubual dan tiba-tiba Anderson memeluknya.

Harta kekayaan Taylor Swift yang buat korang terbeliak mata!

Jumaat, 18 November 2016

Jangan terkejut melihat kekayaan artis Barat, mereka sememangnya cukup kaya hasil daripada pendapatan lakonan/nyanyian mereka. Taylor Swift disenaraikan sebagai seleberiti bawah usia 30 tahun terkaya dengan pendapatan AS$170 juta (RM748.01 juta), tahun lalu.

Bintang berusia 26 tahun itu berada pada kedudukan teratas dalam senarai Forbes 30 under 30 Richest Celebrities (30 Senarai Forbes untuk Selebriti Terkaya bawah 30 tahun).

Kumpulan One Direction, menduduki tempat kedua dengan pendapatan AS$110 juta (RM484.01 juta).

Penyerang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi, berada di tempat ketiga dengan AS$81.5 juta (RM358.60 juta), yang diperoleh di antara 1 Jun 2015 dan 2016.

Hanya empat selebriti wanita tersenarai dalam kelompok 37 individu itu, namun tiga daripadanya, termasuk Adele dan Rihanna selain Taylor Swift, menduduki lima tempat teratas.

Adele dan Rihanna masing-masing memperoleh AS$80.5 juta (RM354.20 juta) dan AS$75 juta (RM330 juta).

Jennifer Lawrence, satu-satunya aktres dalam senarai dan menerima bayaran tertinggi Hollywood, berada di tangga ke-12 dengan AS$46 juta (RM202.40 juta).

Anggota termuda dalam senarai, Justin Bieber, berada di tempat keenam dengan AS$56 juta (RM246.40 juta). - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/213679

Yuna tuduh bangsa Melayu hina dirinya sebab isu peluk?

Ahad, 24 Julai 2016

Akibat penyanyi terkenal US, Usher memeluk Yuna di suatu persembahan, ramai yang memberikan komen negatif dan kritikan terhadap tindakan Yuna itu.

Namun Yuna berasakan dirinya tidak sepatutnya menerima kritkan dan komen negatif itu.

Tahniah Yuna.. Ops!

Rabu, 20 Julai 2016

Tahniah Yuna kerana telah berjaya menjadi artis ternama peringkat antarabangsa selepas kejayaan lagu Crush duet bersama Usher. Kalau korang nak tahu, lagu tu adalah lagu Top 10 di carta US..

(Tangan didada, mata keatas, jelir lidah)

Anak perempuan Mr. Bean yang sangat jelita (video)

Khamis, 30 Jun 2016

Saksikan Kejelitaan Anak Perempuan Mr Bean

Untuk pengetahun anda, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai ‘Mr. Bean’ mempunyai anak perempuan bernama Lily Atkinson hasil perkahwinannya dengan Sunetra Sastry.

Lily mula dikenali media apabila beliau tampil dalam filem lakonan Mr Bean iaitu Johny English Reborn yang ditayang pada tahun 2011.

Sebenarnya Lily pernah membintangi beberapa filem dan penglibatan sejak tahun 2004 membuktikan bahawa beliau juga mempunyai bakat seni seperti bapanya.

Tonton video Mr Bean Dan Anak Gadisnya Yang Jelita di bawah.

Dakwaan mengejutkan Rob Prinz kepada Yuna...!

Isnin, 23 Mei 2016

Memetik portal Billboard, ada temuramah dengan seorang yang bernama Rob Prinz. beliau merupakan individu yang berjaya mengesan bakat besar dalam diri seseorang selebriti di Barat.

Salah seorang daripadanya adalah Madonna. Namun baru-baru ini, dia ditemurah sekali lagi. Dan memberikan jawapan yang mengejutkan..

Fazura sentap salah faham perkataan 'kimk' (3 gambar)

Khamis, 3 Disember 2015

Respon Fazura Peminat 'Memaki' di Instagram Miliknya
"Jadi beginilah 'ibu' Islam yang memakai tudung dengan bangganya menggunakan perkataan kesat di media sosial.". 

Itulah respon Fazura apabila salah seorang pengikut menggunakan bahasa singkat yang disalah erti di salah satu post milik akaun Instagram miliknya.

Komen gadis yang bernama Vii.narza pada post terbaharu Fazura itu menarik perhatian ramai kerana mendapat respon dari Fazura sendiri. Namun akhirnya...

Apa yang dipegang oleh selebriti ini? OMG....

Ahad, 22 November 2015


Imej lucah muncul ketika selebriti bergambar

Satu gambar kumpulan pelawak penghibur kanak-kanak yang dikenali sebagai Chuckle Brothers bersama-sama dengan seorang wanita di sebuah restoran baru-baru menjadi viral.

Persoalannya mengapa ia mendapat perhatian dan menular menerusi laman makro Twitter itu? Jika diperhatikan betul-betul, terdapat imej yang kelihatan seperti alat sulit lelaki di dalam cawan yang dipegang wanita itu.

Gambar yang dimuat naik melalui laman sosial Restoran Solita itu telah membuatkan kesemua netizen yang melihat gambar tersebut turut terhibur.

Mana tidaknya, imej ‘lucah’ itu bukanlah sesuatu objek yang betul, namun ia hanyalah lengan tangan wanita itu yang mengelirukan. ha ha ha.

Bila selebriti bergaun warna merah (11 gambar)

Ahad, 1 November 2015

Warna merah digelar warna paling berani. Bukan semua orang mempunyai keberanian untuk menggayakan busana merah terang.

Warna merah dikatakan mampu menarik perhatian, seksi dan juga warna panas.
Menerusi hanasuva.com, kami senaraikan 11 selebriti yang cantik bergaya dalam busana merah sepanjang tahun ini.
Cantiknya 11 Selebriti Ini Tampil Dengan Busana Merah

Sarimah jumpa langsung dengan Paris Hilton (gambar & video)

Rabu, 28 Oktober 2015

Bukan senang nak bergambar dengan selebriti Hollywood ni kan. Sarimah antara selebriti yang bertuah dapat bergambar bersama sambil berpelukan dengan selebriti Hollywood terkenal, Paris Hilton.

Mereka bertemu ketika satu acara Festival Muzik ACV yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, Selangor pada Sabtu lalu.

Sarimah berpeluang berjumpa dengan Paris untuk satu sesi interview bagi sebuah stesen televisyen.

Ahli keluarga Mr. Bean yang korang bakal terkejut (4 gambar)

Isnin, 29 Jun 2015


Inilah ahli keluarga pelakon komedi popular, Mr Bean aka Rowan Atkinson yang korang tak tahu lagi. Anak sulungnya bernama Lily Atkinson yang berumur 20 tahun kini.

15 Selebriti Barat bila dukung bayi mereka (15 gambar)

Isnin, 8 Jun 2015

Pelakon pegang hp sahaja dapat RM17.85 juta!

Rabu, 22 April 2015

Bintang filem James Bond, Daniel Craig menerima bayaran £3.3 juta (RM17.85 juta) dengan hanya memegang sebuah telefon bimbit.

Portal Mirror melaporkan kandungan emel yang dikirimkan Sony Pictures mendedahkan Daniel Craig mendapat bayaran itu daripada syarikat elektronik itu kerana menggunakan telefon bimbit mereka bagi model Sony Xperia dalam filem Skyfall.

Dalam filem SkyFall, Bond menulis pesanan teks menggunakan telefon Xperia yang tertera “EWA FLIGHT 226 9pm” yang merujuk kepada penerbangan yang dinaiki musuhnya.

Dengan kejayaan penampilan produk dalam filem berkenaan, Sony mahukan perjanjian yang sama untuk filem Spectre yang bakal ditayang pada tahun ini.

Bagaimanapun, pesaingnya Samsung menawarkan lebih banyak untuk menyediakan telefon sebagai kemunculan dalam filem 007 itu.

Ia menyebabkan penerbit filem Bond, Barbara Broccoli meminta bayaran tambahan daripada Sony bagi menampilkan produk keluaran syarikat itu di dalam filem, seperti yang diperkatakan pihak pemasaran syarikat produksi itu, George Leon kepada pengerusi bersama Sony Pictures, Amy Pascal menerusi satu kiriman emel.

Anak perempuan David Beckham (6 gambar)

Ahad, 19 April 2015

Ini lah wajah terkini anak perempuan David Beckham iaitu Harper, gambar diambil ketika mereka menghadiri satu majlis fashion di ‎Burberry‬'s show.

Sofi Jikan dapat tawaran berlakon RM1 Juta!

Khamis, 18 September 2014

Walaupun diberitakan yang bersara dari dunia lakonan, Sofi Jikan sememangnya seorang pelakon pelawak yang mencuit hati lebih-lebih lagi dalam filem Hantu Tok Mudim yang lalu.

Namun baru-baru ini, memetik laman Forum Cari, khabarkan dia ditawarkan bayaran sebanyak RM1 juta untuk sebuah drama TV dengan 10 episod penayangannya.

Bukan drama tv tempatan, tapi bakatnya telah di 'curi' di peringkat Hollywood, bernama Marco Polo. Kalau betul, memang bertuah nasib si Soffi ni kan.

Yuna di Majalah Canvas US

Khamis, 16 Januari 2014

Tak sangka, kehebatan Yuna memang tak dapat di sangkal lagi di Amerika Syarikat. Negara uncle Sam itu sepertinya menghargai sumbangan nyanyian Yuna yang mungkin satu perubahan baru dalam dunia industri musik di sana.

Penghargaan terkini yang mungkin menaikkan lagi namanya apabila dia terpilih untuk menjadi cover LA Canvas Magazine untuk bulan January-February 2014. Sebuah majalah yang dikatakan popular ini merupakan tempat selebriti Hollywood sering dijadikan cover muka hadapannya. -gambar Issuu.com

Gambar Kemalangan Paul Walker

Isnin, 2 Disember 2013

Pada hari Sabtu waktu Amerika berlaku satu kemalangan yang mengejutkan peminat filem Fast and Furious seluruh dunia, iaitu Paul Walker yang terlibat dalam satu kemalangan ngeri pada usianya 40 tahun.

Kereta jenis Porsche yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas sebelum musnah terlanggar pembahagi jalan. -sumber


Justin Bieber, Selena Gomez Berpisah!

Rabu, 14 November 2012

Jom kita beralih angin kepada industri selebriti luar negara, penyanyi kesukaan ramai Justin Bieber dan Selena Gomez yang dikatakan pasangan remaja yang berjaya dalam dunia seni dan hangat bercinta akhirnya memutuskan untuk tidak menjadi kekasih lagi atau dalam erti kata lain putus cinta.

Sumber yang dipetik dari portal Utusan mendakwa mereka menamatkan hubungan intim berkenaan pada minggu lalu dan Selena sendiri meminta pemutusan berkenaan. Sebab lain adalah Justin dikatakan dikaitkan dengan Barbara Palvin.
"Gomez meminta hubungan ini ditamatkan pada minggu lalu. Dengan keadaan mereka terpaksa berjauhan dalam waktu yang agak panjang, Gomez terpaksa menyesuaikan diri. Keadaan ini telah menggugat kepercayaannya terhadap Justin. Ia bukan perkara yang mudah, akhirnya hubungan ini terpaksa di tamatkan," kata sumber tersebut.

 

Yunalis Zarai - Ikon Seni Malaysia

Isnin, 3 September 2012

Siapa menyangka nama Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai kini lebih dikenali di persada dunia antarabangsa dan ini sekaligus dia dianugerahkan sebagai Ikon Seni Malaysia Merdeka 55 (Ikon Seni Budaya Negara) bersempena Hari Kemerdekaan, Himpunan Janji Ditepati yang ke-55 oleh Datuk Seri Najib Razak di Stadium Bukit Jalil pada 31 Ogos yang lalu.

Itulah satu penghargaan yang terbaru yang mula diilhamkan oleh Datuk Seri Najib untuk mereka yang mempunyai bakat besar dan mengharumkan nama negara. Selain Yuna adalah Ratu terjun negara Pandelela Rinong. Yuna yang seperti sedia maklum kini tengah menapak di Amerika Syarikat sebagai artis Malaysia muda pertama yang bakal menjadi salah satu selebriti Hollywood.
"Saya ingin berpesan kepada remaja di luar sana kalau anda ada bakat, kemahiran dan cita-cita, teruskan dan fokus serta bekerja keras dan sentiasa berhubung dengan kedua ibu bapa, agama dan Allah. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar," katanya. Yuna berkata erti kemerdekaan baginya ialah bersyukur dengan nikmat keamanan negara yang dikecapi sejak 55 tahun lepas. -sumber arnamee.blogspot.com