Lagu Hari Raya dari Yuna

Pada: Sabtu, 18 Ogos 2012
Kalau esok ditakdirkan 1 Syawal atau bersamaan juga dengan Hari Raya AidulFitri, maka seharusnya kita bergembira diwaktu itu, mungkin ada juga yang sedih sebab orang tersayang sudah lagi tidak bersama-sama di hari yang bahagia ini. Itu juga boleh jadi kerana pekerjaan, dipenjara mahupun bertemu dengan Yang Maha Pencipta. Apa pun redo lah atas apa yang seadanya ok.

Admin izyan.com juga bakal bercuti 3 hari seperti biasa daripada menulis sebarang artikel mengenai selebriti dan Insyallah akan menyambungkan tulisan pada hari Raya ke-4. Yang kepada balik kampung hari ini, semoga berhati-hati di jalan raya, pandu cermat semoga selamat balik ke destinasi yang dituju.

Oleh itu, selamat Hari Raya diucapkan kepada pembaca izyan.com dimana sahaja anda berada. Nak SMS raya dan post ke Facebook atau handphone, pastikan anda ke LINK ini sahaja. Dan yang mahu mendengarkan lagu raya, pastinya lagu Yuna menjadi pilihan, walaupun agak pelik, kenapa babak pertama lagu Raya tu orang lelaki Yuna salam, yang perempuannya sekadar angkat tangan. Bersangka baiklah sahaja kan. mungkin sempit kor ruang tamu tu. hehe. :)

Tag : , , , ,