Anita Sarawak Bertudung di Amerika Syarikat?

Pada: Isnin, 16 Julai 2012
Menjelang Ramadan, genap dua tahun Anita Sarawak meninggalkan tanah air tanpa diketahui di mana dia berada atau punca penyanyi Seksis itu menghilangkan diri.

Namun, baru-baru ini, sekumpulan peminat mendakwa terserempak Anita di Texas, Amerika Syarikat dengan penampilan yang cukup berbeza. Mereka mendakwa, penyanyi yang pernah bermastautin dan menghiburkan pengunjung di Ceaser Palace, Las Vegs itu mengenakan jubah serta bertudung ketika ditemui di sebuah kompleks beli-belah.

Namun, ketika itu, Anita dilihat berjalan sendirian tanpa ditemani suami, Mahathir Abdullah,

Salah seorang daripada peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Adi berkata, mereka melaungkan nama Kak Nita dua kali dan penyanyi itu sempat menoleh sekali sebelum bergegas meninggalkan lokasi berkenaan. -Via

Tag : , , , ,