Emran nafi kahwin lagi, Erra masih isteri!

Pada: Isnin, 25 Jun 2012
Selepas berbulan berdiam diri, akhirnya suami kepada penyanyi dan pelakon Erra Fazira, Engku Emran tampil kepada akbar Harian Metro baru-baru ini untuk menjelaskan mengenai desas-desus kononnya dia berkahwin dua (poligami) dan setersunya menafikan segala cerita/gosip palsu yang tersebar itu.

“Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di Internet.

“Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan.

“Tetapi lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra sama sekali tidak betul. Yang penting Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar.

“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,” kata Emran. -Via

Tag : , , , , ,