Isteri Johan, Ozlyn keguguran 2 kali

Pada: Jumaat, 11 November 2011
Johan mengakui kecewa untuk menambah cahaya mata apabila isterinya iaitu Ozlynwati mengalami keguguran sebanyak dua kali tahun ini. Punca isterinya keguguran adalah disebabkan terlalu banyak bergerak tanpa mengetahui tentang kandungannya. Johan kini lebih berhati-hati untuk melibatkan Ozlyn dalam setiap aktiviti yang dilakukannya. Johan menganggap perkara tersebut adalah ketentuan Allah.

"Dalam tahun ini, Ozlyn sudah dua kali keguguran kerana terlalu aktif dan ketika itu dia juga selalu ikut saya ke gym.

"Sudah tentu saya sangat sedih kerana impian saya mahukan 12 orang cahaya mata seperti adik beradik saya,

"Anak adalah harta yang sangat berharga, namun saya percaya belum ada rezeki untuk kami menambah cahaya mata," katanya kesal. -mStar

Tag : , , ,